Jangan Berputus AsaSampel
Hari 5—Yusuf dan Mimpinya
Yusuf ialah seorang remaja yang memiliki mimpi. Mimpi yang memburukkan lagi kebencian saudaranya yang memang tidak menyukainya kerana ia ialah anak kegemaran bapa mereka. Itu merupakan mimpi yang menggambarkan keluarganya sujud menyembahnya kelak.
Mimpi itu boleh berkecai selepas apa yang berlaku terhadap Yusuf seterusnya. Setelah bertahun-tahun rasa hampa, saudaranya mengambil tindakan yang kejam dan menjual Yusuf sebagai hamba. Saudara kandungnya membiarkannya hidup dalam perhambaan dan kesusahan. Dibelenggu sebagai harta orang lain, mimpi Yusuf boleh hilang.
Walau bagaimanapun, Yusuf tidak mengangkat tangan dan berputus asa dalam perhambaan. Sebaliknya, Yusuf dengan kreatifnya mencuba sedaya upaya dengan apa yang diberikan oleh Allah kepadanya. Di rumah Potifar, ia bekerja keras dan bergantung pada Allah. Semasa ia berbuat demikian, Allah memberkatinya. Di sinilah ia bertambah maju dan mengurus rumah tangga Potifar dan dipercayakan dengan segala sesuatu. Yusuf mempelajari kepimpinan, kerendahan hati, dan perhambaan tanpa dikenali ramai, masih berpaut pada mimpinya.
Yusuf tetap menjadi lelaki yang benar semasa dihampiri oleh isteri Potifar. Isteri Potifar menuduh Yusuf menggodanya dan Yusuf dipenjarakan. Peristiwa yang kelihatan seperti langkah ke belakang ini sebenarnya langkah ke hadapan.
Di penjara, Yusuf disenangi dan dilantik untuk mengurus orang tahanan oleh ketua penjara—sekali lagi, dijadikan pemimpin. Di penjara inilah Yusuf bertemu dengan pengurus minuman raja. Yusuf berpeluang mentafsirkan mimpinya, yang terbukti berguna dua tahun kemudian apabila raja bermimpi dan memerlukan seorang pentafsir mimpi.
Apabila Yusuf mentafsirkan mimpi raja tentang kebuluran yang akan melanda, ia dinaikkan pangkat menjadi penolong raja yang memerintah Mesir. Mimpinya telah menjadi kenyataan!
Yusuf menghadapi banyak situasi yang susah, yang mungkin membuat kebanyakan orang berputus asa. Walau bagaimanapun, ia tetap bertabah dan berusaha seboleh-bolehnya dengan apa yang dimilikinya. Akibatnya, ia menyaksikan mimpinya menjadi kenyataan dan membantu menyelamatkan beribu-ribu orang, termasuk keluarganya.
Perihal Pelan
Pernahkah anda berasa sungguh penat atau tumpas dalam hidup sehinggakan anda ingin berputus asa? Alkitab penuh dengan dorongan untuk tetap tabah dan sabar meneruskan hidup! Pelan bacaan 7 hari ini akan menyegarkan anda untuk perjalanan akan datang.
More