Firman Allah untuk Setiap KeperluanSampel

God's Word For Every Need

HARI 5 DARIPADA 5

KASIH SAHIH

“Bapa sendiri mengasihi kamu.”

Pada malam sebelum Dia mati, Yesus memberitahu murid-murid-Nya bahawa Bapa mengasihi mereka. Perkataan "mengasihi" di sini tidak menandakan kasih sayang berkorban dengan keprihatinan yang patuh atau melupakan diri. Perkataan ini membawa maksud "kasih sahih"—kasih yang dipenuhi kemesraan dan ditunjukkan secara terbuka. Ini amat penting untuk difahami. Kasih Bapa bukanlah kasih yang patuh atau formal. Tidak, maksud kata-kata Yesus di sini ialah "Bapa amat mengasihi kamu dengan kasih yang mendalam, besar, dan nyata." Sesungguhnya kasih yang besar sekali! Banyak bapa duniawi yang jauh, sama ada secara fizikal atau emosi. Bapa syurgawi kita bukanlah begitu; apabila Yesus mati dan bangkit semula, Dia naik ke Syurga dan sesudah itu mencurahkan Roh Kudus kepada pengikut-Nya. Dia memenuhi murid-murid-Nya dengan semangat anak angkat sehinggakan mereka berseru "Bapa!" Semenjak itu, mereka menyedari bahawa Bapa mengasihi mereka dengan kasih yang sahih—dengan dakapan kasih-Nya yang kuat dan menghiburkan. Inilah yang Yesus inginkan untuk kita juga. Marilah kita meminta pertolongan-Nya untuk menyedari ini dalam hati kita, bukan dalam fikiran kita sahaja. Marilah kita mengalami kasih sahih Bapa.

DOA

Ya Tuhan Yesus, saya meminta Engkau untuk menolong saya agar menyedari dalam hati saya bahawa Bapa sendiri amat mengasihi saya secara mendalam, besar, dan nyata. Dalam nama-Mu. Amin.

Ketahui lebih lanjut di Destiny Image Publishers, atau dapatkan buku ini di Amazon atau Barnes and Noble.

Hari 4

Perihal Pelan

God's Word For Every Need

Hidup ini mungkinlah susah dan semasa anda berhadapan dengan cabaran dan memerlukan dorongan, tempat yang terbaik untuk ditujui ialah Firman Allah. Walau bagaimanapun, kadang-kadang memanglah sukar untuk mengetahui bahagian yang harus dirujuk. Firman Allah untuk Setiap Keperluan termasuk ayat Alkitab yang penting bagi setiap pelajar Firman semasa mengalami pergolakan hidup. Bergantunglah pada Allah untuk menolong anda mengharungi waktu yang susah.

More

Kami berterima kasih kepada Destiny Image Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.destinyimage.com