Firman Allah untuk Setiap KeperluanSampel

KASIH DI ATAS SEGALA KASIH
Lihatlah, betapa besarnya kasih yang dikaruniakan Bapa kepada kita!
Tiada sukacita yang lebih besar dalam hidup ini daripada mengetahui bahawa Allah ialah Bapa kita yang penyayang, namun banyak orang, termasuk orang di dalam gereja, yang tidak pernah mengalami sukacita yang tidak terkatakan ini. Banyak orang telah dilukai oleh bapa duniawi mereka, akibatnya, mengunjurkan pengalaman mereka ke kebapaan Allah Bapa. Kemudian, mereka membangunkan Allah mengikut gambar bapa duniawi mereka—memandang Allah sebagai bapa yang tidak hadir atau mengabaikan mereka. Orang lain pula memandang Allah sebagai Bapa yang jauh dan suka membalas dendam. Gambaran tersebut tidaklah sama dengan gambaran yang diberikan oleh Yesus. Yesus datang untuk menyatakan kasih Bapa yang menakjubkan. Ya, Allah ialah Raja. Ya, Allah ialah Tuan. Ya, Alah ialah Hakim. Namun, Allah ialah terutamanya Bapa yang amat mengasihi planet yatim ini sehinggakan Dia mengutus Anak-Nya yang tunggal untuk menjadikan hamba anak angkat dan anak yatim menjadi waris. Ini merupakan berkat yang tertinggi—menyedari bahawa Allah ialah Bapa yang terhebat di dunia ini. Jika anda tidak mempunyai bapa duniawi yang baik, ketahuilah: anda mempunyai Bapa yang sempurna di Syurga dan Dia telah memberikan kasih-Nya yang besar kepada anda dalam Yesus.
DOA
Bapa, terima kasih kerana Engkau tidaklah jauh tetapi berhubungan dengan saya. Tolonglah saya untuk menikmati keintiman yang lebih dekat dengan-Mu semasa saya membaca renungan ini. Dalam nama Yesus. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

Hidup ini mungkinlah susah dan semasa anda berhadapan dengan cabaran dan memerlukan dorongan, tempat yang terbaik untuk ditujui ialah Firman Allah. Walau bagaimanapun, kadang-kadang memanglah sukar untuk mengetahui bahagian yang harus dirujuk. Firman Allah untuk Setiap Keperluan termasuk ayat Alkitab yang penting bagi setiap pelajar Firman semasa mengalami pergolakan hidup. Bergantunglah pada Allah untuk menolong anda mengharungi waktu yang susah.
More