Firman Allah untuk Setiap KeperluanSampel

God's Word For Every Need

HARI 4 DARIPADA 5

ANAK ALLAH

Dia amat mengasihi kita, sehingga kita diakui sebagai anak-anak Allah!

Dalam renungan sebelumnya, kita melihat bahawa Allah ialah Bapa yang sangat mengasihi kita. Sesudah menegaskan hal ini, Rasul Yohanes mengingatkan kita bahawa kita, jika kita memilih untuk mengikuti Yesus, diakui "anak-anak Allah." Memang kita anak-anak Allah. Inilah identiti sebenar kita. Imej kendiri kita bukanlah berdasarkan apa yang kita lakukan. Nilai kendiri kita tidak ditemui dalam pencapaian kita. Tidak, identiti sebenar kita adalah berasaskan sesuatu yang lebih kekal dan yakin. Tiada dasar yang lebih baik daripada pernyataan utama Perjanjian Baru—bahawa orang yang mengenali Yesus telah diambil sebagai anak lelaki dan anak perempuan angkat Bapa. Demikiankah anda memandang diri sendiri? Jika tidak, saya menggesa anda untuk membina identiti anda atas kebenaran ini. Saya ingin menggalakkan anda untuk melakukan apa yang dikatakan oleh Rasul Yohanes dalam ayat ini dan "lihatlah." Fikirkan, renungi, pertimbangkan kebenaran ini dan bersuka dalam keindahannya. Jika anda berbuat demikian, anda akan sentiasa memiliki keyakinan yang mendalam bahawa keselamatan anda terletak dalam kedudukan anda sebagai anak Allah, bukan dalam pekerjaan anda.

DOA

Bapa yang dikasihi, saya ingin memuji-Mu kerana kasih-Mu terhadap siapa saya ini—anak Allah. Terima kasih kerana penghormatan ini. Dalam nama Yesus. Amin.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

God's Word For Every Need

Hidup ini mungkinlah susah dan semasa anda berhadapan dengan cabaran dan memerlukan dorongan, tempat yang terbaik untuk ditujui ialah Firman Allah. Walau bagaimanapun, kadang-kadang memanglah sukar untuk mengetahui bahagian yang harus dirujuk. Firman Allah untuk Setiap Keperluan termasuk ayat Alkitab yang penting bagi setiap pelajar Firman semasa mengalami pergolakan hidup. Bergantunglah pada Allah untuk menolong anda mengharungi waktu yang susah.

More

Kami berterima kasih kepada Destiny Image Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.destinyimage.com