Firman Allah untuk Setiap KeperluanSampel

God's Word For Every Need

HARI 1 DARIPADA 5

JEMPUTAN SYURGAWI

“Aku akan menjadi Bapa kamu.”

Apakah ayat yang paling penting dalam Alkitab? Banyak orang akan menjawab, "Yohanes 3:16: Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal." Walau bagaimanapun, ayat ini daripada surat Paulus yang kedua kepada gereja di Korintus membuat dakwaan yang amat besar juga. Dalam sesetengah cara, seluruh rancangan dan tujuan Allah boleh diringkaskan dalam kata-kata, "Aku akan menjadi Bapa kamu." Ini merupakan rancangan Allah sejak Adam dan Hawa berdosa di Taman Eden. Apabila itu terjadi, manusia menjadi terpisah daripada kasih Allah. Akibatnya, kita menjadi anak yatim rohani—tidak lagi dapat berhubungan dengan Allah sebagai Bapa kami. Namun, kerana Yesus, semua itu telah berubah! Yesus ialah jawapan kepada keyatiman kita. Dia datang ke dunia ini untuk mati demi dosa kita dan mengambil kita sebagai anak angkat dalam keluarga Bapa di dunia ini. Kini, kita boleh memanggil Allah "Bapa" dan berehat dalam dakapan penyayang-Nya. Dalam buku renungan ini, Yesus menjemput kita untuk memberikan respons terhadap kata-kata abadi ini: "Aku akan menjadi Bapa kamu.”

DOA

Terima kasih Allah, kerana jemputan-Mu untuk mengenali-Mu sebagai Bapa. Dengan sepenuh hati saya mengatakan "Ya," semasa saya memulakan siri renungan ini. Dalam nama Yesus. Amin.

Ketahui lebih lanjut di Destiny Image Publishers, atau dapatkan buku ini di Amazon atau Barnes and Noble.

Hari 2

Perihal Pelan

God's Word For Every Need

Hidup ini mungkinlah susah dan semasa anda berhadapan dengan cabaran dan memerlukan dorongan, tempat yang terbaik untuk ditujui ialah Firman Allah. Walau bagaimanapun, kadang-kadang memanglah sukar untuk mengetahui bahagian yang harus dirujuk. Firman Allah untuk Setiap Keperluan termasuk ayat Alkitab yang penting bagi setiap pelajar Firman semasa mengalami pergolakan hidup. Bergantunglah pada Allah untuk menolong anda mengharungi waktu yang susah.

More

Kami berterima kasih kepada Destiny Image Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.destinyimage.com