Firman Allah untuk Setiap KeperluanSampel

God's Word For Every Need

HARI 2 DARIPADA 5

IDENTITI SEBENAR KITA

“Kamu akan menjadi anak-anak-Ku lelaki dan perempuan.”

Setiap bapa yang baik mempunyai impian untuk anak-anaknya. Dalam renungan sebelumnya, kita melihat sebahagian daripada impian Allah bagi kita: "Aku akan menjadi Bapa kamu." Itu merupakan rancangan-Nya sejak waktu sebelum asas dunia ini. Namun, ada lagi. Allah bukan sahaja mahu kita untuk mengetahui identiti sebenar-Nya; malah Dia mahu kita untuk mengetahui identiti sebenar kita. Jika Dia ialah Bapa kita, maka apakah kita ini? Jika kita memilih untuk mengikut Anak-Nya, Yesus Kristus, ini menjadikan kita anak lelaki dan anak perempuan-Nya. Inilah sukacita yang terbesar—menyedari bahawa Allah ialah Bapa yang dinanti-nantikan, dan seronok menikmati hak menjadi anak lelaki dan anak perempuan angkat-Nya. Inilah impian-Nya bagi hidup kita. Marilah kita menjadikannya matlamat terutama kita untuk menerima sepenuhnya makna menjadi anak lelaki dan anak perempuan Bapa yang terhebat. Marilah kita menjadikan matlamat hidup kita untuk menjadi anak lelaki dan anak perempuan yang terbaik kepada Bapa kita di Syurga. Inilah impian Bapa untuk hidup kita. Marilah kita menjadikannya impian kita juga!

DOA

Ya Bapa, terima kasih kerana Engkau telah memanggil saya untuk menjadi anak angkat-Mu. Tolonglah saya untuk membina identiti saya atas penghormatan yang menakjubkan ini. Dalam nama Yesus. Amin.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

God's Word For Every Need

Hidup ini mungkinlah susah dan semasa anda berhadapan dengan cabaran dan memerlukan dorongan, tempat yang terbaik untuk ditujui ialah Firman Allah. Walau bagaimanapun, kadang-kadang memanglah sukar untuk mengetahui bahagian yang harus dirujuk. Firman Allah untuk Setiap Keperluan termasuk ayat Alkitab yang penting bagi setiap pelajar Firman semasa mengalami pergolakan hidup. Bergantunglah pada Allah untuk menolong anda mengharungi waktu yang susah.

More

Kami berterima kasih kepada Destiny Image Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.destinyimage.com