Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

HARI 23 DARIPADA 30

Apabila kita dilahirkan semula dari atas, dipercepat dan dibangunkan Allah, kita mendapati kita dapat mempertimbangkan bunga bakung kerana kita bukan sahaja memiliki kedamaian Allah, tetapi kedamaian yang menyifatkan Yesus Kristus. Kita duduk di tempat syurgawi bersama Kristus Yesus. Cara lama untuk melakukan sesuatu, kekecohan dan kemarahan lama telah lenyap, dan kita adalah ciptaan baru dalam Kristus Yesus. Kedamaian yang ditunjukkan secara jelas dalam Yesus Kristus ditunjukkan dalam ciptaan baru ini.

Apabila Allah mengangkat kita ke tempat syurgawi, Dia menganugerahkan kesucian Yesus Kristus kepada kita. Inilah yang dimaksudkan kehidupan yang disucikan—kedamaian-Nya yang tidak terganggu, kuasa kekuatan-Nya yang tidak goyah dan tidak kenal penat lelah, kekudusan-Nya yang murni.

Soalan Renungan: Adakah saya berasa marah dan tidak tenang tentang setiap kesusahan atau adakah saya memikirkan kemungkinan ianya berlaku untuk memperlahankan saya dan menyebabkan saya untuk melihat sesuatu yang penting, yang mungkin akan terlepas pandang tanpanya?

Petikan daripada Our Brilliant Heritage, © Discovery House Publishers
Hari 22Hari 24

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org