Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel
Kedamaian Kristus disinonimkan dengan sifat-Nya, dan kerja kedamaian itu ditunjukkan dalam kehidupan Tuhan kita di dunia ini. Allah kedamaianlah yang menyucikan sepenuhnya. Anugerah kedamaian Kristus di dalam; garison Allah di luar, dan saya perlu memastikan bahawa saya membenarkan kedamaian Allah untuk mengawal segala sesuatu yang saya lakukan, itulah tanggungjawab saya—"hendaklah damai sejahtera Kristus memerintah dalam hatimu."
Salah satu lingkungan di mana kita memerlukan penyembuhan oleh kedamaian Allah adalah pergumulan bengkeng melakukan sesuatu untuk diri sendiri. Adakah kedamaian Allah membuat anda rasa tenang, ataupun masih adanya keriuhan dan pergumulan? Adakah anda masih berpaut pada keyakinan degil anda?—masih bergumul dengan beberapa perkara yang diinginkan.
Soalan Renungan: Apakah maksud membenarkan damai sejahtera untuk memerintah dalam hati saya? Apakah perbezaan antara bertenang dan hidup secara aman? Apakah perbezaan antara ketenangan dan kedamaian?
Petikan daripada The Highest Good dan If You Will Ask, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan
Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org