Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel
Iblis tidak pernah dilambangkan dalam Alkitab sebagai bersalah kerana melakukan hal yang salah: dia ialah makhluk yang salah. Manusia bertanggungjawab kerana melakukan hal yang salah, dan mereka melakukan hal yang salah kerana pembawaan yang salah dalam diri mereka. Sifat moral kita yang licik membuat kita menyalahkan Iblis apabila kita sedar bahawa kita harus menyalahkan diri; kesalahan sebenar dosa terletak pada pembawaan yang salah dalam kita.
Besar kemungkinan, Iblis sedih seperti Roh Kudus apabila manusia jatuh dalam dosa luaran, tetapi atas sebab yang berbeza. Apabila manusia melaksanakan dosa luaran dan mengganggu kehidupan mereka, Iblis sedar bahawa mereka ingin menjadi Pemerintah, Juruselamat dan Pembebas; asalkan Iblis boleh membuat manusia rasa aman, bersatu dan berharmoni berjauhan daripada Allah, dia akan melakukannya (lihat Lukas 11:21-22).
Soalan Renungan: Siapakah yang saya salahkan untuk dosa saya? Apakah yang diperoleh Iblis jika saya menjalankan kehidupan yang jujur dan bermoral? Apakah yang dia akan kehilangan jika saya mula bercelaru dan menyedari bahawa saya memerlukan kedamaian yang terasing daripada usaha saya?
Petikan daripada Biblical Psychology, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan
Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org