Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

HARI 25 DARIPADA 30

Sebahagian besar orang tidak melihat apa yang tidak kena, dan kata-kata nabi seperti Yeremia adalah tidak munasabah. Kita tidak dapat berdepan dengan perkara yang salah, berasingan daripada Allah, tanpa hilang akal. Jika dosa adalah sesuatu yang remeh dan kita boleh mengkhabarkan penyembuhan dan membawa kedamaian berdasarkan hujah yang lain, maka, tragedi Salib adalah satu kesalahan yang besar. Menjalankan kehidupan yang menyembunyikan Kristus dalam Allah bermakna kelihatan seperti apa yang kita kadang-kadang perhatikan tentang lelaki dan wanita yang hidup tanpa Allah, daripada sudut pandangan Allah, dan ia juga bermakna berdoa syafaat untuk mereka, sementara mereka memandang kita dengan berbelas kasihan.

Bebaskan saya daripada kesalahan tersembunyi saya. Jauhkan hamba-Mu daripada dosa yang memandai-mandai supaya saya dapat melihat Engkau menyatakan kedamaian dan kesucian-Mu dalam diri saya!

Soalan Renungan: Mengapakah kita harus bebas daripada perkara yang salah sebelum kita boleh berbaik semula dengan Tuhan? Mengapakah ianya mustahil untuk berdamai apabila dosa masih wujud? Mengapakah kesucian diperlukan untuk kedamaian?

Petikan daripada Notes on Jeremiah dan Knocking at God’s Door, © Discovery House Publishers
Hari 24Hari 26

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org