Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

HARI 22 DARIPADA 30

Zaman dan peradaban wujud selepas beberapa waktu untuk dicampakkan Allah pada timbunan sampah sarap dalam cara yang kurang hati-hati. Perkara yang menakjubkan dalam rekod zaman-zaman adalah setiap Zaman berakhir dengan malapetaka. Orang kudus tahu bahawa Allah berkuasa, dan awan hanyalah debu daripada kaki Bapa dan dia tidak perlu takut. Dia rasa yakin bahawa malapetaka yang berlaku ini adalah kesan sampingan, dan bahawa kedamaian yang lebih tinggi dan sifat yang lebih murni adalah kesan yang kekal. Sejarah sentiasa menepati nubuatan.

Jalan kedamaian bagi kita adalah untuk menyerahkan diri kepada Allah dan meminta Dia untuk menyelidiki kita, bukan fikiran kita tentang siapa diri kita, atau pandangan orang lain tentang kita, atau apa yang kita percayakan tentang diri kita atau apa yang kita inginkan, tetapi, "Selidikilah aku, ya Allah, dan selamilah hatiku."

Soalan Renungan: Apakah yang ditunjukkan kejatuhan diktaktor tentang keberkesanan kedamaian yang dikenakan pada manusia? Apakah yang diajar oleh sejarah tentang percubaan manusia untuk berdamai?

Petikan daripada God’s Workmanship dan Biblical Psychology, © Discovery House Publishers
Hari 21Hari 23

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org