Perjalanan ke PalunganSampel
Imanuel
Nabi Perjanjian Lama tidak tahu bila kata-kata mereka akan berlaku; mereka cuma mencatatkan apa yang ditunjukkan Roh Allah kepada mereka. Jadi, apabila Yesaya menulis, “Seorang anak dara akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu akan dinamakan Imanuel" (Mat 1:23; cf. Yes 7:14 BM), dia tidak tahu bila ia akan berlaku.
Imanuel bermaksud "Allah menyertai kita." Hadirat Yesus di dunia ini merupakan langkah pertama dalam menjalin semula keintiman manusia yang kehilangan di Taman Eden. Kehidupan-Nya adalah ungkapan peribadi akan tujuan penyayang Allah terhadap kita. Sekarang, kita boleh berasa girang dengan berkat hidup yang tidak ada tolok bandingnya dalam penggenapan janji yang diberikan Tuhan kepada dunia ini melalui Yesaya beribu-ribu tahun lalu.
Aktiviti: Nikmati hadirat-Nya: Tontonlah wayang hari Natal kegemaran anda dan meminta Roh Kudus untuk mendedahkan sesuatu yang baru tentang sifat Allah melalui wayang itu.
Kitab
Perihal Pelan
Pada suatu malam yang sunyi 2,000 tahun lalu, malaikat membawa berita tentang kelahiran Penyelamat kepada sekumpulan gembala yang sedang menjaga ternakan mereka. Selepas mendengar berita itu, gembala tersebut meninggalkan segala sesuatu untuk mencari bayi dalam palungan di Betlehem. Setelah bertahun-tahun kemudian, jemputan itu tidak berubah. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda untuk mendekati Penyelamat dan mendorong anda untuk meluangkan masa untuk berehat dalam kasih Bapa pada musim ini.
More