Perjalanan ke PalunganSampel

Journey To The Manger

HARI 6 DARIPADA 70

Dia Merindukan Kita  

Yesus ialah Allah sebelum masa bermula—Dia ialah Firman yang melalui-Nya segala sesuatu diciptakan. Dia berada di Taman bersama Adam dan Hawa. Hati-Nya menerima pukulan pertama keganasan dosa yang memutuskan ikatan intim antara Dia dan ciptaan kesayangan-Nya.

Sepanjang masa, Dia memerhatikan umat-Nya bergumul. Dia telah membebaskan mereka dan memimpin mereka melalui tanah gersang. Dia ingin mereka untuk merindukan-Nya sahaja, namun, hati mereka berjauhan daripada Dia apabila mereka menyembah pahala buatan manusia yang tidak berguna.

Pertimbangkan bagaimana Yesus memerhatikan kita dan berdoa di pintu syurga tahun demi tahun. Pada saat yang tepat, pertimbangkan sukacita-Nya kerana datang akhirnya kepada kita sebagai Penyelamat kita.

Aktiviti: Jemputlah beberapa orang jiran untuk coklat panas dan persekutuan.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Journey To The Manger

Pada suatu malam yang sunyi 2,000 tahun lalu, malaikat membawa berita tentang kelahiran Penyelamat kepada sekumpulan gembala yang sedang menjaga ternakan mereka. Selepas mendengar berita itu, gembala tersebut meninggalkan segala sesuatu untuk mencari bayi dalam palungan di Betlehem. Setelah bertahun-tahun kemudian, jemputan itu tidak berubah. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda untuk mendekati Penyelamat dan mendorong anda untuk meluangkan masa untuk berehat dalam kasih Bapa pada musim ini. 

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/yv18