Perjalanan ke PalunganSampel
Yesus Merupakan Penebus dari Keluarga Sendiri
Perjanjian Lama membayangkan seorang penyelamat yang akan menyelamatkan bangsa manusia daripada perhambaan dan tawanan. Satu simbol tentang penebusan akan datang ini adalah peranan penebus dari keluarga sendiri, seorang ahli keluarga dekat yang boleh memilih untuk menyelamatkan saudara dengan melunaskan hutangnya.
Sebagai penggenapan tanda ini, Yesus menjadi Penebus dari keluarga kita. Dia menjadi manusia supaya Dia boleh berkongsi dalam kemanusiaan kita, menjadi Anak Manusia di samping Anak Allah. Dia berjalan bersama kita, mengidentifikasikan diri dengan kita supaya Dia boleh melunaskan hutang kita dan menunjukkan kepada kita jalan kembali kepada Pencipta kita. Tiada orang lain yang boleh menyelamatkan kita daripada dosa kita dan membebaskan kita daripada perhambaan.
Aktiviti: Bakar kudap-kudapan dan berikan kepada jiran atau rakan sekerja anda.
Kitab
Perihal Pelan
Pada suatu malam yang sunyi 2,000 tahun lalu, malaikat membawa berita tentang kelahiran Penyelamat kepada sekumpulan gembala yang sedang menjaga ternakan mereka. Selepas mendengar berita itu, gembala tersebut meninggalkan segala sesuatu untuk mencari bayi dalam palungan di Betlehem. Setelah bertahun-tahun kemudian, jemputan itu tidak berubah. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda untuk mendekati Penyelamat dan mendorong anda untuk meluangkan masa untuk berehat dalam kasih Bapa pada musim ini.
More