Perjalanan ke PalunganSampel

Journey To The Manger

HARI 8 DARIPADA 70

Sifat Allah yang Mengejutkan

Ada kalanya Allah kelihatan tidak akan menjawab doa kita. Itulah perasaan umat Israel semasa menantikan kedatangan Mesias. Apabila Yesus datang, ketibaan-Nya adalah tepat pada masanya. Namun, banyak orang tidak menyedari peruntukan utama Allah kerana mereka menantikan Mesias yang akan meninggikan mereka dan bangsa mereka—dan bukannya Tuhan sendiri. 

Kristus datang untuk memberikan hidup tidak seperti apa-apa yang ditawarkan dunia ini. Dia boleh datang bersenjatakan kuasa syurga yang tidak terbatas. Sebaliknya, Dia memilih untuk datang dalam kerendahan hati, sebagai bayi yang dilahirkan di kalangan binatang. Namun, kehidupan perhambaan-Nya yang tidak disangka-sangka itu menyatakan kepada kita kesempurnaan kasih Allah yang tidak bersyarat terhadap manusia.

Aktiviti: Apabila anda makan di luar lagi, kejutkan pelayan anda dengan tip yang lebih murah hati daripada tip biasa. Jika itu tidak mungkin, tinggalkan nota peribadi yang menggalakkan.

Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Journey To The Manger

Pada suatu malam yang sunyi 2,000 tahun lalu, malaikat membawa berita tentang kelahiran Penyelamat kepada sekumpulan gembala yang sedang menjaga ternakan mereka. Selepas mendengar berita itu, gembala tersebut meninggalkan segala sesuatu untuk mencari bayi dalam palungan di Betlehem. Setelah bertahun-tahun kemudian, jemputan itu tidak berubah. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda untuk mendekati Penyelamat dan mendorong anda untuk meluangkan masa untuk berehat dalam kasih Bapa pada musim ini. 

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/yv18