Perjalanan ke PalunganSampel

Journey To The Manger

HARI 14 DARIPADA 70

Bertemu dengan Yesus

Bayangkan kekaguman gembala apabila malaikat Tuhan berkata kepada mereka, diikuti sepasukan besar malaikat syurga yang menerangi langit gelap dengan cahaya dan puji-pujian. Bayangkan juga keterujaan mereka semasa mereka meninggalkan padang dan domba mereka untuk mencari segala sesuatu yang dikatakan malaikat kepada mereka. 

Namun, pengalaman yang paling mengubah kehidupan kepada mereka pada malam itu adalah bersemuka dengan Mesias. Ia menggerakkan hati mereka untuk menyembah. Malaikat memberitahu gembala yang rendah hati tentang identiti bayi di kandang yang suram dan kotor itu, dan hati penuh harpaan mereka membenarkan mereka untuk mengenal-Nya dan memberikan Dia kemuliaan dan pemujaan yang layak diterima-Nya sebagai Raja.

Demikian juga, apabila anda menemui Yesus dan melihat siapa Dia yang sebenarnya, kesedaran akan kasih dan kemuliaan-Nya akan memenuhi hati anda dengan kesyukuran dan membuat anda ingin lebih mengenali-Nya.

Aktiviti: Sediakan senarai audio video lagu Natal atau lagu penyembahan kegemaran anda. Semasa anda mendengarnya, renungkan kasih Allah yang begitu besar terhadap anda.

Hari 13Hari 15

Perihal Pelan

Journey To The Manger

Pada suatu malam yang sunyi 2,000 tahun lalu, malaikat membawa berita tentang kelahiran Penyelamat kepada sekumpulan gembala yang sedang menjaga ternakan mereka. Selepas mendengar berita itu, gembala tersebut meninggalkan segala sesuatu untuk mencari bayi dalam palungan di Betlehem. Setelah bertahun-tahun kemudian, jemputan itu tidak berubah. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda untuk mendekati Penyelamat dan mendorong anda untuk meluangkan masa untuk berehat dalam kasih Bapa pada musim ini. 

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/yv18