Perjalanan ke PalunganSampel

Journey To The Manger

HARI 17 DARIPADA 70

Allah Melihat Lebih Banyak

Banyak antara kita mungkin menganggap bahawa sekiranya Yesus datang ke bumi hari ini, Dia akan memilih sebuah keluarga yang kemas, terpelajar, kaya—dan mengumumkan berita mulia tentang kelahiran-Nya kepada sekumpulan pastor terkenal yang terpilih. Walau bagaimanapun, kenyataan cerita hari Natal menunjukkan perbezaan antara wawasan Allah dan standard duniawi kita. Hari ini, Yesus mungkin dilahirkan kepada seorang mekanik rajin di kawasan berpendapatan rendah dan tunangnya yang bekerja sebagai pelayan. Barangkali malaikat akan menampakkan diri kepada sekumpulan bekas banduan di tapak pembinaan, yang bekerja lewat untuk menghabiskan kerja menggali parit.

Kita kerap terlupa betapa jauhnya Maria dan Yusuf daripada kepentingan sosial dan bagaimana gembala dipandang sebagai najis dan tidak boleh dipercayai menurut standard Yahudi. Setiap orang yang mengelilingi palungan Yesus pada malam yang tiada bandingnya itu pernah mengalami penyisihan dan pengasingan. Namun, mereka merupakan kumpulan istimewa yang dipilih oleh Allah untuk mengalami salah satu peristiwa yang paling kudus dalam sejarah. Dia melihat hati dan nilai sebenar mereka—walaupun tiada orang lain yang berbuat demikian.

Aktiviti: Kumpulkan beberapa orang kawan dan hidangkan makanan di tempat perlindungan orang yang tidak berumah.

Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Journey To The Manger

Pada suatu malam yang sunyi 2,000 tahun lalu, malaikat membawa berita tentang kelahiran Penyelamat kepada sekumpulan gembala yang sedang menjaga ternakan mereka. Selepas mendengar berita itu, gembala tersebut meninggalkan segala sesuatu untuk mencari bayi dalam palungan di Betlehem. Setelah bertahun-tahun kemudian, jemputan itu tidak berubah. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda untuk mendekati Penyelamat dan mendorong anda untuk meluangkan masa untuk berehat dalam kasih Bapa pada musim ini. 

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/yv18