Perjalanan ke PalunganSampel

Hidup Berdasarkan Kepercayaan Kepada Tuhan
Alkitab mengingatkan kita bahawa banyak lelaki dan perempuan yang benar tidak melihat harapan mereka tercapai sehingga iman mereka telah diuji dengan hebat. Dalam sesetengah keadaan, mereka tidak pernah melihat jawapan konkrit bagi sesetengah doa mereka dalam hayat mereka. Namun, ini tidak menghalang mereka daripada mempercayai Allah hari demi hari.
Tiada nabi yang menulis di Israel selama empat abad, tetapi lelaki dan perempuan seperti Simeon dan Hana—orang yang salih menunggu dengan penuh harapan untuk Mesias yang benar—masih berpegang kepada kepercayaan mereka bahawa Tuhan akan melakukan apa yang dijanjikan. Mereka tidak putus harapan, walaupun sudah tua. Tidak hairanlah mereka segera mengenal Dia yang telah lama dinantikan apabila mereka melihat-Nya dalam dukungan ibu-Nya—walaupun tiada orang lain yang mengenal-Nya.
Tidak menjadi hal bahawa keluarga muda ini jelasnya miskin, membawa korban yang paling murah ke Bait Allah. Simeon dan Hana segera mengenal kerabat diraja kerana mereka berhubungan tetap dengan Allah, hidup berdasarkan kepercayaan kepada Allah dan bukan berdasarkan apa yang boleh dilihat.
Aktiviti: Dermakan permainan baru kepada pertubuhan amal yang dipercayai yang mengedarkan hadiah hari Natal kepada kanak-kanak yang dalam kesusahan.
Kitab
Perihal Pelan

Pada suatu malam yang sunyi 2,000 tahun lalu, malaikat membawa berita tentang kelahiran Penyelamat kepada sekumpulan gembala yang sedang menjaga ternakan mereka. Selepas mendengar berita itu, gembala tersebut meninggalkan segala sesuatu untuk mencari bayi dalam palungan di Betlehem. Setelah bertahun-tahun kemudian, jemputan itu tidak berubah. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda untuk mendekati Penyelamat dan mendorong anda untuk meluangkan masa untuk berehat dalam kasih Bapa pada musim ini.
More
Pelan yang Berkaitan

Salib & Mahkota

Adven: Perjalanan ke Hari Natal

Noel: Hari Natal adalah untuk Semua Orang

Tahun Baru, Rahmat Baru

Prinsip Hidup Untuk Dijadikan Panduan

Yesus: Panji Kemenangan Kita

Mengapa Paskah?

Mencari Hati Tuhan Setiap Hari - Kebijaksanaan

Menemukan Kedamaian
