Perjalanan ke PalunganSampel

Journey To The Manger

HARI 20 DARIPADA 70

 Kelahiran Itu Merupakan Permulaan

Mesej hari Natal tidak berakhir dengan bayi yang dibungkus dengan lampin dan terbaring di dalam palungan. Kita mesti mengingati sebab bayi itu dilahirkan. Mesej lengkap hari Natal adalah Allah yang abadi telah datang ke bumi sebagai manusia untuk menyelamatkan ciptaan-Nya. Bayi kecil dalam lampin itu telah datang kerana satu tujuan: Dia datang untuk mati.

Tangan bayi kecil yang bergerak-gerak dan terjulur sedikit daripada lampin di dalam palungan kayu yang kasar itu adalah tangan tukang kayu yang sama yang kemudiannya dipakukan pada salib kayu yang berceranggah. Ia merupakan tangan yang sama yang, walaupun berparut, melipat kain kapan pengebumian-Nya dengan baik setelah mengalahkan dosa dan kematian supaya Dia dapat memberikan kita hidup yang kekal. Ia jugalah tangan yang sama yang dihulurkan secara penyayang dan mengangkat kita berkali-kali sepanjang kehidupan yang sering sukar ini.

Pada musim Natal ini, apabila segala sesuatu kelihatan tergesa-gesa dan sering mengganggu, jangan terperangkap dalam kesibukan dan materialisme.

Aktiviti: Hasilkan sesuatu dengan tangan anda—kad, lukisan, kraf—dan berikannya kepada seseorang sebagai hadiah spontan.

Hari 19Hari 21

Perihal Pelan

Journey To The Manger

Pada suatu malam yang sunyi 2,000 tahun lalu, malaikat membawa berita tentang kelahiran Penyelamat kepada sekumpulan gembala yang sedang menjaga ternakan mereka. Selepas mendengar berita itu, gembala tersebut meninggalkan segala sesuatu untuk mencari bayi dalam palungan di Betlehem. Setelah bertahun-tahun kemudian, jemputan itu tidak berubah. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda untuk mendekati Penyelamat dan mendorong anda untuk meluangkan masa untuk berehat dalam kasih Bapa pada musim ini. 

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/yv18