Perjalanan ke PalunganSampel
Bukan Sekadar Bayi Biasa
Bayi yang biasa tidak didahului oleh ratusan nubuatan tentang kelahiran, kehidupan, dan kematian-Nya.
Bayi yang biasa tidak mengalami kehamilan yang paling luar biasa.
Bayi yang biasa tidak mungkin memperoleh pengumuman kelahiran daripada sepasukan besar malaikat syurga.
Bayi yang biasa tidak mungkin mengilhami gembala untuk meninggalkan domba mereka untuk mencari-Nya.
Bayi yang biasa tidak membuat orang majus dari timur untuk memulakan usaha pencarian-Nya.
Bayi yang biasa tidak mungkin membuat penantian sepanjang hayat Simeon berbaloi ataupun membuat Hana menyanyikan pujian.
Bayi yang biasa tidak mungkin menjadi lelaki yang memulihkan penglihatan orang buta, membuat orang pekak mendengar, membebaskan orang yang dirasuk roh jahat, membangkitkan orang mati, dan mengampunkan orang yang bersalah.
Bayi yang biasa tidak mungkin menjadi Anak Domba Allah yang dengan rela menghapus dosa dunia.
Tidak, Dia bukan sekadar bayi biasa. Dia merupakan, masihlah, dan sentiasanya Yesus Kristus, Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan.
Aktiviti: Baca cerita hari Natal dalam Injil Lukas (1:26-2:21).
Kitab
Perihal Pelan
Pada suatu malam yang sunyi 2,000 tahun lalu, malaikat membawa berita tentang kelahiran Penyelamat kepada sekumpulan gembala yang sedang menjaga ternakan mereka. Selepas mendengar berita itu, gembala tersebut meninggalkan segala sesuatu untuk mencari bayi dalam palungan di Betlehem. Setelah bertahun-tahun kemudian, jemputan itu tidak berubah. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda untuk mendekati Penyelamat dan mendorong anda untuk meluangkan masa untuk berehat dalam kasih Bapa pada musim ini.
More