Perjalanan ke PalunganSampel
Yesus Mengubah Kehidupan
Pada malam Yesus dilahirkan, para gembala menjadi saksi pertama-Nya. Bayangkan bagaimana berita itu tersebar daripada orang ke orang. Betlehem dipenuhi pengembara yang letih, dan memanglah sukar untuk tidak mengendahkan kekaguman dan keterujaan para gembala.
Daripada kelahiran-Nya hingga kenaikan-Nya, Yesus telah mengubah kehidupan semua orang yang telah mengalami-Nya. Disebabkan kasih-Nya mengubah apa yang disentuh-Nya, Dia masih memberikan kesan pada dunia kita. Melalui kita yang telah diubah oleh kasih-Nya, Dia terus menjangkau orang yang sesat dengan mesej kehidupan baru-Nya. Seperti gembala pada hari Natal yang pertama itu, kita adalah utusan-Nya.
Apakah cerita anda tentang bagaimana Yesus telah mengubah kehidupan anda? Apakah hadiah yang lebih besar, yang boleh anda persembahkan daripada berkongsi kasih-Nya dengan orang yang terluka atau mencari-cari tanpa tujuan?
Hari ini, raikanlah kelahiran-Nya—dan semua cara di mana Dia telah menunjukkan kasih tidak bersyarat-Nya kepada anda. Kemudian, beritahulah orang lain supaya mereka, juga, dikasihi sepenuhnya oleh Dia.
Aktiviti: Kongsikan berita baik ini dengan sukacita yang besar! Beritahulah seseorang yang lain tentang Yesus dan tentang kesan-Nya pada kehidupan anda.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang mendekati Bapa dan mendalamkan hubungan anda dengan-Nya.
Kitab
Perihal Pelan
Pada suatu malam yang sunyi 2,000 tahun lalu, malaikat membawa berita tentang kelahiran Penyelamat kepada sekumpulan gembala yang sedang menjaga ternakan mereka. Selepas mendengar berita itu, gembala tersebut meninggalkan segala sesuatu untuk mencari bayi dalam palungan di Betlehem. Setelah bertahun-tahun kemudian, jemputan itu tidak berubah. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda untuk mendekati Penyelamat dan mendorong anda untuk meluangkan masa untuk berehat dalam kasih Bapa pada musim ini.
More