Perjalanan ke PalunganSampel

Journey To The Manger

HARI 2 DARIPADA 70

Yesus Merupakan Janji Allah

Nabi demi nabi telah meramalkan kedatangan Mesias. Banyak adat dan perayaan Israel adalah bayangan daripada hal-hal yang akan datang dengan kemunculan-Nya. Namun, abad demi abad berlalu, kehidupan nampaknya berjalan seperti biasa tanpa gangguan ilahi yang dijanjikan. Adakah firman Allah kepada umat-Nya janji kosong sahaja? Adakah semua nabi itu salah? Adakah manusia ditakdirkan untuk hidup dalam belenggu dosa dan perhambaan?

Kemudian, pada suatu hari yang bermula seperti hari-hari yang lain, gangguan ilahi yang dinanti-nantikan datang dalam bentuk bayi yang akan mengubah nasib manusia. Bagi semua orang yang masih menunggu Dia, Yesus datang secara senyap dan tanpa gembar-gembur. Walau bagaimanapun, pada hari kelahiran-Nya, dunia ini berubah secara mendalam. Tiada apa-apa akan kekal sama lagi.

Aktiviti: Renungkan kesaksian anda. Tuliskan cara khusus di mana kehidupan anda telah berubah setelah anda menerima Yesus. Kongsikannya dengan orang percaya yang lain untuk memberikan dorongan kepada mereka ke arah iman yang lebih besar.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Journey To The Manger

Pada suatu malam yang sunyi 2,000 tahun lalu, malaikat membawa berita tentang kelahiran Penyelamat kepada sekumpulan gembala yang sedang menjaga ternakan mereka. Selepas mendengar berita itu, gembala tersebut meninggalkan segala sesuatu untuk mencari bayi dalam palungan di Betlehem. Setelah bertahun-tahun kemudian, jemputan itu tidak berubah. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda untuk mendekati Penyelamat dan mendorong anda untuk meluangkan masa untuk berehat dalam kasih Bapa pada musim ini. 

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/yv18