Cahaya bagi Dunia - Renungan AdvenSampel

Light of the World - Advent Devotional

HARI 2 DARIPADA 4

  

Kasih

Pembina Jambatan

oleh Osvaldo Carnival, Pastor di Catedral de la Fe di Buenos Aires, Argentina

  

"'Seorang anak dara akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu akan dinamakan Imanuel.' (Dalam bahasa Ibrani, Imanuel bererti, 'Allah menyertai kita')” — Matius 1:23

Antara banyak kursus kejuruteraan di universiti, pembinaan jambatan merupakan usaha yang agak istimewa. 

Seperti yang dinyatakan oleh Boreham, penulis Australia yang terkemuka, tentang seorang pembina jambatan yang terkenal:

Penaklukan berani dan pencapaiannya yang menakjubkan membuat saya untuk menyimpulkan bahawa memanglah berbaloi untuk membaktikan seluruh hidup untuk profesion membina jambatan. Sesungguhnya indah untuk melihat bagaimana jambatan merentasi jurang yang luas dan sungai yang deras, membenarkan kanak-kanak untuk menyeberang dengan selamat. Demikian juga, jambatan persahabatan dan perasaan muhibah merapatkan jurang antara manusia.

Semasa waktu yang susah — apabila orang tidak bersepakat, apabila berlaku polarisasi politik, bangsa, dan jantina antara saudara dan saudari — semakin perlu dan penting untuk membina jambatan hubungan serta kasih. 

· Sikap mementingkan diri boleh dikikis oleh jambatan belas kasihan. 

· Rasa benci dan kemarahan tidak dapat wujud di mana adanya jambatan kebaikan hati dan sukacita. 

· Perbuatan maksiat yang berdosa mula runtuh apabila jambatan kebenaran dibina.

Fikirlah tentang Yesus Kristus — pembina jambatan yang terhebat. Menggunakan bahan hidup-Nya — bermula dengan kelahiran hina-Nya dalam palung — Dia membina jambatan dari bumi ke syurga, daripada kematian kepada hidup. 

Hidup berdasarkan contoh-Nya, anda juga boleh membina jambatan dan membawa perdamaian kepada dunia yang berbelah bagi pada hari Krismas ini! 

Allah sudah memberikan bahan yang diperlukan: pengampunan, kebaikan hati, dan dorongan Firman-Nya. Pastikan anda menggunakan alat tersebut — terutamanya pada musim Adven ini — untuk berkongsi kasih-Nya yang membina jambatan dengan orang di sekeliling anda.

Renungan

Apakah pembahagian dan polarisasi yang anda perhatikan dalam lingkungan pengaruh terdekat anda? Jambatan apakah yang boleh anda bina untuk membawa kesatuan dan berkongsi kasih Yesus Kristus dalam situasi tersebut?

Permintaan Doa

Berdoalah untuk Osvaldo dan rakan OneHope kami yang melayan di Amerika Selatan dan Tengah. Mintalah Allah untuk menolong mereka mencerminkan kasih yang dibawa oleh Yesus ke dunia ini kepada setiap kanak-kanak yang berinteraksi dengan mereka. 

Berdoalah untuk orang muda di Argentina, agar Allah memberkati perayaan Krismas mereka untuk membawa kesatuan kepada keluarga yang porak-peranda dan komuniti yang menderita dalam seluruh Tubuh Kristus.

Berdoalah kepada Allah agar menolong anda untuk menunjukkan kasih-Nya kepada keluarga anda ... dalam komuniti anda ... di gereja anda ... dan di seluruh dunia. Mintalah Dia untuk menolong anda membina jambatan di mana jambatan itu paling diperlukan.

Meraikan Krismas di Argentina

Disember ialah bulan musim panas di hemisfera selatan. Dengan suhu melebihi 95°F, anda tidak mungkin mengalami Krismas bersalji di Argentina!

Meskipun cuaca yang panas, makanan tradisional berkalori tinggi (dibawa dari Eropah, di mana Krismas adalah amat sejuk) dihidangkan. Makanan yang pedas dan banyak buah kering jugalah biasa. 

Perayaan utama berlangsung pada hari sebelum Krismas — dengan jamuan perayaan yang besar pada lewat petang (kira-kira 10 atau 11 pm), diikuti oleh bunga api dan tanglung kertas tradisional. Banyak orang berjaga sepanjang malam!

Hari Krismas adalah lebih bersantai dan dihabiskan bersama dengan keluarga.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Light of the World - Advent Devotional

Jutaan orang Kristian di seluruh dunia ini akan meraikan hari Krismas tahun ini. Adven, perayaan yang indah dari segi simbolik menjelang hari Krismas, merupakan sebahagian yang besar daripada temasya hari Krismas di banyak negara. Semasa anda membaca renungan Adven yang menarik ini, anda berpeluang menyertai saudara dan saudari dari negara yang jauh dan meraikan bersama-sama serta belajar daripada perspektif dan tradisi mereka yang unik dan berkuasa.

More

Kami bersyukur kepada OneHope kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://onehope.net/