7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PengasuhanSampel
Beberapa tahun dahulu, kami memenuhi panggilan Allah untuk mengembangkan keluarga kami melalui pemeliharaan keluarga angkat dan pengambilan anak angkat. Kami sedar ia adalah sukar, tetapi kami bersedia untuk menjadi tangan dan kaki Yesus kepada keluarga yang susah. Kami bersedia untuk mengubah dunia. Perkara yang kami tidak sedari adalah betapa banyak Allah akan mengubah dunia kami.
Orang lain kerap memberitahu kami betapa istimewanya kami kerana melakukan ini. Walau bagaimanapun, biarlah saya memberitahu anda satu rahsia: ibu bapa angkat tidaklah istimewa. Hati kami adalah remuk; keadaan kami bercelaru; kami menjerit, dan kami pastinya tidak sempurna. Kami cumalah orang yang berjalan dalam iman dan terjun ke dalam kekucar-kaciran itu. Akan tetapi, perkara yang isitmewa adalah apa yang dilakukan Allah apabila kami adalah taat.
Kami melihat hadirat Allah berulang kali dalam beberapa tahun lalu sebagai keluarga angkat, menggerakkan lebih banyak gunung daripada yang kami ingat sebelum ini. Apabila kami fikir tiada harapan untuk hubungan dengan keluarga kandung seseorang anak, Allah muncul. Apabila kami perlu mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa orang anak bela, Allah muncul. Apabila kami rasa kami tidak dapat tahan lagi, Allah muncul.
Perjalanan ini juga membantu kami untuk memahami cara Allah melihat kami dengan lebih jelas. Sebagaimana kami menyambut anak yang terluka ke dalam keluarga kami, Allah telah menyambut kami ke dalam keluarga-Nya. Dia ialah Bapa syurgawi kita dan pembela kita. Dia tidak peduli apa masalah kita, dosa yang telah kita lakukan, atau kesalahan kita. Jika kita datang kepada-Nya, Dia mendakap kita seperti seorang bapa, mengasihi kita tanpa syarat, dan memanggil kita anak-anak-Nya.
Jika anda rasa kekurangan, jika anda rasa anda menghadapi keadaan yang mustahil, ataupun jika anda tidak pasti apa yang harus dilakukan seterusnya, saya mendorong anda untuk mencari Allah dan terjunlah. Orang lain mungkin rasa anda adalah gila. Sebenarnya, saya boleh menjamin bahawa mereka akan fikir demikian. Walau bagaimanapun, saya juga boleh menjamin ini: Allah sedang mengejar anda. Dan Dia mempunyai rancangan untuk hidup anda yang melewati segala sesuatu yang dapat anda bayangkan sekarang.
Taylor Ketron
Pentadbir YouVersion
Kitab
Perihal Pelan
Membesarkan anak adalah susah, meskipun dalam keadaan yang terbaik. Dalam renungan tujuh hari ini, ibu bapa dunia sebenar — yang juga merupakan kakitangan YouVersion — berkongsi cara mereka menggunakan prinsip daripada Firman Allah dalam aspek kehidupan mereka yang penting ini. Renungan setiap hari termasuk Imej Ayat yang boleh digunakan untuk berkongsi perjalanan anda.
More