7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PengasuhanSampel

7 Things The Bible Says About Parenting

HARI 2 DARIPADA 7

Kami menantikan kelahiran anak pertama kami pada bulan Jun 2010. Kami makan malam bersama ayah saya, dan saya meminta kebijaksanaannya. Saya meminta nasihat pengasuhannya yang terbaik daripada pengalaman pengasuhannya selama bertahun-tahun.

Dia fikir sejenak, dan memberikan saya satu analogi yang tidak mungkin dilupakan. Ayah saya mengatakan bahawa pengasuhan bagaikan penimbang—bukan penimbang yang digunakan untuk mengukur berat badan, tetapi penimbang yang dilihat sebagai simbol keadilan. Dari satu segi, anda mempunyai kasih; sebaliknya, adalah disiplin. Menggunakan salah satu daripadanya terlalu kerap tanpa yang satu lagi mendatangkan keburukan kepada anak anda. 

Ayah saya menjelaskan bahawa semakin anda mengasihi anak anda, semakin mereka akan menerima disiplin anda. Dan, apabila anda mengenakan lebih banyak disiplin terhadap mereka, anda juga perlu menunjukkan bahawa anda lebih mengasihi mereka. Terlalu banyak kasih tanpa disiplin akan memuakan mereka, dan terlalu banyak disiplin tanpa kasih akan merosakkan anak dari segi emosi dan menjauhkan mereka.

Sejak malam itu, saya sering fikir tentang hubung kait antara memberi teguran dengan kasih. Saya percaya bahawa ibu bapa kerap rasa bersalah apabila mereka mendisiplinkan anak. Sesungguhnya, ia bukan sesuatu yang menyeronokkan. Ia adalah sukar, tetapi ia adalah baik. Maka, dorongan saya kepada anda adalah untuk menggunakan tahap disiplin yang sesuai dengan anak anda supaya mereka akan sedar bahawa anda mengasihi mereka dan mengambil berat tentang mereka.

Sebagaimana kita mengasihi anak kita dan perlu mendisiplinkan mereka, Bapa syurgawi kita mengasihi anak-Nya dan akan mendisiplinkan mereka. Jika anda sudah menerima Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat anda, maka, Allah ialah Bapa anda. Anda sudah diambil sebagai anak angkat dalam keluarga-Nya.

Brad Belyeu
Jurutera YouVersion 

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Parenting

Membesarkan anak adalah susah, meskipun dalam keadaan yang terbaik. Dalam renungan tujuh hari ini, ibu bapa dunia sebenar — yang juga merupakan kakitangan YouVersion — berkongsi cara mereka menggunakan prinsip daripada Firman Allah dalam aspek kehidupan mereka yang penting ini. Renungan setiap hari termasuk Imej Ayat yang boleh digunakan untuk berkongsi perjalanan anda.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YouVersion kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.bible.com/reading-plans