7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PengasuhanSampel

7 Things The Bible Says About Parenting

HARI 5 DARIPADA 7

Kita semua inginkan anak yang berkelakuan baik, bukan? Ada kalanya, apa yang kita maksudkan adalah kita ingin anak kita untuk kelihatan berkelakuan baik kepada orang lain. Ia mungkin memaksudkan tidak buat perangai atau bergurau kasar, atau memaksudkan mengatakan “tolong” dan “terima kasih” pada waktu yang sesuai. Kini anak kami sudah bertumbuh semakin besar, saya mula tertanya-tanya sama ada kerja yang dilakukan saya untuk menjadikan mereka terserlah di luar itu menjadikan mereka lebih baik di dalam.

Dalam dua tahun lagi, anak perempuan sulung saya akan ke kolej. Saya tidak suka mengaku, tetapi saya tidak dapat berada di sisinya untuk memastikan segala sesuatu adalah okey. Jadi, saya melakukan apa sahaja yang mungkin sekarang untuk memastikan dia mendengar suara saya dalam kepalanya kemudian, semasa dia bergumul untuk melakukan perkara yang betul. Lebih baik lagi, bagaimana kalau suara Allah yang didengarnya? Disebabkan Dia akan sentiasa berada bersamanya meskipun pada waktu saya tiada di sana.

Cara terbaik untuk memastikan anak kita mengenali suara Allah adalah mengajar mereka Firman-Nya, tetapi membaca kepada mereka semata-mata—ataupun mengajar mereka untuk membacanya—adalah tidak mencukupi. Jika anda ingin melihat anak anda diubah kuasa Firman Allah, maka, mereka perlu melihat kuasa-Nya bekerja dalam anda—betul-betul mempengaruhi perjalanan hidup anda dan keputusan yang anda buat setiap hari. Bercakap tentangnya di meja makan. Menyebutnya di dalam kereta. Memasukkannya dalam perbualan dengan orang lain tanpa banyak cerita. Bantulah anak anda untuk melihat dengan jelas bagaimana suara Allah dan Firman-Nya telah mempengaruhi setiap lingkungan kehidupan anda. 

Pada masa yang sama, bantu anak anda untuk mengalami sendiri Alkitab dengan memegang peranan jurulatih. Memanglah penting supaya mereka belajar membaca Alkitab dan mendengar Roh Kudus sendiri. Bantulah mereka untuk memilih Pelan Alkitab, dan menyusul dengan soalan. Berikut adalah beberapa cadangan perkara yang boleh dikatakan untuk memulakan perbualan: 

  • Apakah perkara terbaik yang telah kamu baca dalam Alkitab pada minggu ini?
  • Adakah kamu membaca apa-apa yang tidak difahami?
  • Adakah terdapat sesuatu yang dibaca dan ingin diketahui dengan lebih lanjut?
  • Apakah yang dikatakan Allah kepada kamu melalui bacaan kamu?
  • Apakah satu perkara yang boleh kamu ubah dalam hidup kamu hasil daripada bacaan itu?

Sebagai ibu bapa, kita bekerja di samping Roh Kudus untuk mengajar anak kita tentang Allah dan kerajaan-Nya. Percayalah Dia untuk melengkapkan transformasi dalaman mereka. Dia mengasihi mereka lebih daripada yang mungkin dilakukan kita.

 

Michael Martin

Pembangun Web YouVersion

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Parenting

Membesarkan anak adalah susah, meskipun dalam keadaan yang terbaik. Dalam renungan tujuh hari ini, ibu bapa dunia sebenar — yang juga merupakan kakitangan YouVersion — berkongsi cara mereka menggunakan prinsip daripada Firman Allah dalam aspek kehidupan mereka yang penting ini. Renungan setiap hari termasuk Imej Ayat yang boleh digunakan untuk berkongsi perjalanan anda.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YouVersion kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.bible.com/reading-plans