7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PengasuhanSampel

7 Things The Bible Says About Parenting

HARI 3 DARIPADA 7

Saya adalah anak bongsu daripada dua orang adik-beradik perempuan, maka, zaman kanak-kanak saya dipenuhi patung yang menikmati majlis minum teh, main masak-masak, dan mengenakan pakaian—semuanya adalah aktiviti yang agak tenang, berkelakuan baik, dan selamat. Kini, sebagai seorang ibu dengan dua orang anak lelaki di bawah lima tahun, rumah saya langsung tidak kelihatan dan kedengaran seperti zaman kanak-kanak saya. Berdoa untuk anak saya telah menjadi bahagian yang perlu dalam perjalanan menjadi ibu saya ini, terutamanya kerana tenaga anak lelaki saya. Sebagaimana yang diingatkan ibu mentua saya tentang kehidupan dengan anak lelaki, saya akan berkenalan dengan jururawat di bilik kecemasan dan bersapa dengan nama depan sahaja!

Saya tidak pernah terbayang bahawa hanya beberapa tahun sahaja dalam perjalanan ini saya sudah melihat anak sulung saya jatuh tersembam (lalu membawa kepada kanal akar) dan hanya setahun kemudiannya, dia jatuh terhentak kepalanya (mengakibatkan tiga kokot). Saya juga tidak terbayang bahawa bayi 10 bulan saya akan menjalani pembedahan untuk keadaan yang diperoleh dari lahir. Setiap situasi adalah di luar kawalan saya. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan untuk mencegah mana-mana daripadanya—satu kesedaran yang membuat saya tunduk berdoa untuk anak saya.

Sebagai ibu bapa, anak kita adalah kurnia daripada Allah untuk dijaga, dilindungi, dikasihi dan ditunjukkan kasih karunia Yesus, dan disediakan untuk perjalanan hidup mereka. Tidak keadaan harian mereka dan tidak juga perjalanan hidup keseluruhan mereka adalah perkara yang kita dapat tentukan—atau dapat dikawal. Maka, apakah yang dapat kita lakukan sebagai ibu bapa, setelah mencurahkan segala tenaga kita untuk membesarkan anak yang baik hati, penuh hormat, dan memuliakan Allah serta menjaga kesihatan dan keselamatan mereka? Kita boleh membawa kerisauan, keraguan dan jangkaan kita yang tidak dipenuhi kepada Allah—bersyukur kerana kita tidak perlu mengawalnya.

Semoga kita tidak pernah keletihan untuk berdoa untuk anak kita dan mendakap mereka dengan tangan terbuka melalui kepercayaan dan iman dalam Pencipta kita—yang mengasihi anak kita lebih daripada yang mungkin dilakukan kita dan yang mendakap mereka dalam pelukan maha berkuasa-Nya. 

Lisa Gray

Pengurus Penyetempatan YouVersion

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Parenting

Membesarkan anak adalah susah, meskipun dalam keadaan yang terbaik. Dalam renungan tujuh hari ini, ibu bapa dunia sebenar — yang juga merupakan kakitangan YouVersion — berkongsi cara mereka menggunakan prinsip daripada Firman Allah dalam aspek kehidupan mereka yang penting ini. Renungan setiap hari termasuk Imej Ayat yang boleh digunakan untuk berkongsi perjalanan anda.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YouVersion kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.bible.com/reading-plans