Kehidupan BerubahSampel
Kehidupan Berubah
Kita ialah anak perempuan Raja. Kita mempunyai keturunan diraja yang memberikan kita kewibawaan dan kuasa yang tidak ada tolok bandingnya. Dengan kurnia itu adanya tanggungjawab untuk berdiri teguh dalam kebenaran Tuhan dan berjuang untuk orang yang kita sayangi.
Mengenakan perisai senjata Tuhan yang lengkap bersama-sama tentera orang percaya yang lain, kita boleh mara ke arah musuh tanpa rasa gentar tentang pisau belati yang dilemparkannya ke arah kita. Kita boleh bersikap feminin dan berani dalam perjuangan kita. Dengan latihan, kita boleh belajar melawan bohong Iblis sehingga bohongnya tidak lagi mempengaruhi kita.
Jika seorang rakan mengatakan dia tidak cukup baik, anda akan menjadi orang pertama yang bertindak dan mengatakan perkara itu tidak benar. Namun, kita cenderung mempercayainya tentang diri kita sendiri. Bohong dahsyat yang dibisikkan musuh kepada kita adalah perkara menyakitkan yang tidak akan kita katakan kepada sesiapa pun, dan kita tidak harus mengatakannya kepada diri kita sendiri.
Kita harus melawan bicara diri yang negatif dengan cara yang sama. Jika anda berfikir, “Saya tidak cantik,” “Saya tidak mencukupi,” atau “Saya memang cari pasal.” Berhenti, tolak bohong itu, dan nyatakan kebenaran Tuhan dengan lantang.
Tuhan berkata Dia akan meruntuhkan benteng. Itu tidaklah sementara atau pasif. Itu bermaksud benteng itu sudah lenyap, tidak akan pernah ada lagi. Semakin kita mengenali senjata musuh dan semakin kukuh kita berkenaan siapa yang Tuhan katakan tentang diri kita, semakin mudah untuk menangkis serangan tersebut. Pisau belati ini mungkinlah kiasan sahaja, tetapi pisau ini boleh melambatkan kita dan mengalihkan perhatian kita daripada apa yang sepatutnya kita fokuskan.
Menjalankan kehidupan yang berubah bermakna identiti anda kukuh berakar dalam Kristus. Anda tahu bagaimana mengenal pasti dan melawan peperangan rohani. Anda sudah melupakan perkara lalu supaya anda boleh bergerak ke hadapan dengan bebas. Anda dengan rela melangkah menyertai pertempuran bersedia untuk mempertahankan orang yang anda sayangi dengan kewanitaan yang amat sangat.
Mempercayai dan berjalan dalam kebenaran Tuhan merupakan satu-satunya cara kita boleh mula menjalankan kehidupan yang berubah.
Kami berdoa agar Tuhan menggunakan pelan ini untuk melayani hati anda.
Terokai Pelan Alkitab Living Changed yang Lain
Ketahui Lebih Lanjut mengenai Changed Women's Ministries
Perihal Pelan
Adakah anda selalu membandingkan diri dengan orang lain atau dengan standard masyarakat tentang ertinya menjadi seorang wanita? Bagaimana jika sebaliknya, anda mendefinisikan diri anda berdasarkan apa yang Tuhan katakan tentang anda dan belajar bagaimana melawan bohong musuh yang kerap itu? Pelan ini akan membantu anda menjalani setiap hari dengan harapan dan keyakinan dalam Kristus, mengetahui bahawa identiti anda terletak pada-Nya sahaja.
More