Kehidupan BerubahSampel

Living Changed

HARI 6 DARIPADA 7

Dikejar oleh Tuhan

Sebagai wanita, kita ingin rasa dihargai dan dicari-cari. Kita ingin menjadi cukup diingini sehinggakan seseorang akan berusaha untuk mengejar kita. Walaupun keadaannya berbeza dalam perkahwinan, persahabatan, dan hubungan dengan ibu bapa kita, kita tahu kita dikejar apabila mereka meluangkan masa untuk memberikan perhatian kepada kita.

Keinginan untuk dikejar bukanlah tanda megah diri. Tuhan menempatkan keinginan itu jauh dalam lubuk hati kita kerana kita dicipta menurut gambar-Nya dan Dia juga ingin dikejar - oleh kita. Kita dicipta untuk menyembah dan memuji-Nya. Keinginan untuk dikejar itu ialah Tuhan dalam diri kita.

Tuhan mengejar setiap seorang daripada kita sepanjang masa. Jika anda rasa sepi, ditinggalkan, atau tidak diinginkan kerana apa yang dikatakan oleh dunia ini, berhentilah dan lihat bagaimana Tuhan mengejar anda. Dia telah mengejar anda sepanjang hidup anda, dan kesedaran tentang pengejaran-Nya ialah cara kita menyedari kehadiran-Nya. 

Ingat kembali saat dalam hidup anda yang anda rasa cantik, jelita, bahagia. Di manakah anda dan apakah yang berlaku di sekeliling anda? 

Bagi saya, waktu saya berdiri di pantai rambut saya menggerbang ditiup angin. Saya selalu dibandingkan dengan kakak saya dan ini membuat saya rasa seperti anak itik yang hodoh. Namun di pantai itu, saya rasa cantik. Ini tiada kaitan dengan pakaian renang saya atau orang di sekeliling saya. Berdiri di sana, saya berasa seperti model. 

Angin sentiasa ada, dan sekarang, saya menyedarinya sebagai Tuhan sedang mengejar saya. Bagi anda, mungkin hujan yang menenangkan jiwa anda, melihat haiwan dari jauh, atau salji lembut yang begitu tenang sehinggakan anda dapat mendengar diri anda berfikir. Walau apa pun, perasaan itu tidak dapat ditiru oleh manusia. Hanya Tuhan yang boleh berbicara kepada hati anda dengan cara ini.

Apabila anda belajar mengenal pengejaran Tuhan terhadap anda, kesedaran ini akan menjadi penghiburan kepada anda di tengah-tengah musim yang sukar atau sesuatu yang anda tidak fahami. Dia berkata Dia tidak akan meninggalkan kita. Dan jika anda mempercayai Firman-Nya, itu bermakna pada masa yang paling cerah dan hari yang paling kelam, Dia ada di sana. Pada titik terendah dalam hidup kita, Tuhan menunjukkan kepada kita bahawa Dia menyertai kita sepanjang kesakitan kita melalui pengejaran ini.

Anda ialah ciptaan kesayangan-Nya. Dia mahu anda merasai kasih-Nya. Mintalah Dia untuk membuka mata anda agar anda melihat cara Dia mengejar anda.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Living Changed

Adakah anda selalu membandingkan diri dengan orang lain atau dengan standard masyarakat tentang ertinya menjadi seorang wanita? Bagaimana jika sebaliknya, anda mendefinisikan diri anda berdasarkan apa yang Tuhan katakan tentang anda dan belajar bagaimana melawan bohong musuh yang kerap itu? Pelan ini akan membantu anda menjalani setiap hari dengan harapan dan keyakinan dalam Kristus, mengetahui bahawa identiti anda terletak pada-Nya sahaja.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Changed Women’s Ministries atas penyediaan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com

Pelan yang Berkaitan