Kehidupan BerubahSampel
Peperangan Rohani
Hidup dengan kesedaran akan peperangan rohani bermaksud memahami terlebih dahulu bahawa ada musuh yang merayau seperti singa. Singa tidak terang-terangan semasa menyerang - singa licik. Begitu juga, musuh kita akan bertindak dengan tipu daya, taktik kotor, dan menggoncangkan keadaan di bawah permukaan dan duduk menyaksikan kesannya.
Dia ialah bapa segala dusta. Dia melemparkan bohong pada kita seperti pisau belati, dan dia mahu kita mengutipnya serta bersetuju dengannya. Apabila kita berbuat demikian, kita menjadikan bohongnya suara di dalam kepala kita sendiri, dan kita asyik mengulangnya. Ataupun, kita menganggap yang terburuk tentang orang lain dan membiarkan itu memburukkan konflik antara kita. Setiap kali kita mendengar sesuatu yang tidak berasaskan kebenaran Tuhan, kita bersetuju dengan dusta Iblis.
Taktik lain musuh ialah ketakutan, ketidakmaafan, sikap tidak peduli, dan konflik. Jika dia boleh mengalihkan perhatian anda daripada apa yang Tuhan mahu lakukan melalui anda, dia menang. Itulah sebabnya apabila kita memikirkan untuk melakukan kebaikan, fikiran itu ditentang. Iblis tidak mahu anda menjalankan tujuan yang diberikan oleh Tuhan. Kita harus berhenti menganggap serangannya sebagai pemikiran kita sendiri. Kita harus belajar bagaimana mengenal pasti serangan musuh dan menghentikannya.
Ini ialah peperangan sebenar. Hubungan anda diserang kerana musuh mahu memisahkan anda daripada kumpulan anda dan mengeluarkan anda daripada pertempuran itu. Namun ingatlah, pertempuran anda bukan dengan orang di sebelah anda. Pertempuran anda adalah melawan musuh yang datang untuk mencuri, membunuh, dan memusnahkan. Kita harus berjuang bersama-sama untuk diri sendiri, pasangan kita, anak-anak, dan rakan-rakan kita.
Jika kita hidup dengan kesedaran tentang rancangan jahat musuh, kita hidup secara berbeza. Kita mesti mengenakan seluruh perisai senjata Tuhan yang lengkap setiap hari. Ini bukanlah metafora, tetapi panduan tentang cara mengingati kebenaran Tuhan sepanjang hari. Kita sering mendengar bahawa Firman Tuhan ialah senjata. Walau bagaimanapun, bilakah kali terakhir anda mengasah senjata anda atau menggunakannya dalam pertempuran? Sebagai anak perempuan-Nya anda mempunyai kuasa penuh dan kewibawaan Kristus yang boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Gunakannya dengan berani untuk melawan musuh.
Kita tahu bagaimana peperangan ini berakhir - dengan kemenangan Yesus. Maka, lawanlah dengan gigih dengan keyakinan dalam Kristus, tanpa rasa takut.
Perihal Pelan
Adakah anda selalu membandingkan diri dengan orang lain atau dengan standard masyarakat tentang ertinya menjadi seorang wanita? Bagaimana jika sebaliknya, anda mendefinisikan diri anda berdasarkan apa yang Tuhan katakan tentang anda dan belajar bagaimana melawan bohong musuh yang kerap itu? Pelan ini akan membantu anda menjalani setiap hari dengan harapan dan keyakinan dalam Kristus, mengetahui bahawa identiti anda terletak pada-Nya sahaja.
More