Cerita NatalSampel
![The Christmas Story](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F49%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Kami Datang Hendak Menyembah Dia
Allah menjemput dua kumpulan orang untuk meraikan kelahiran Yesus. Kedua-dua kumpulan itu menghairankan, dan memberitahu kita sesuatu tentang Allah.
Jemputan pertama diberikan kepada beberapa orang gembala tempatan. Malaikat muncul dan memberitahu mereka tentang berita baik ini. Kemudian, gembala itu pergi menyembah Yesus.
Jemputan kedua diberikan kepada dunia ini. Selepas kelahiran Yesus, satu bintang muncul di atas Betlehem. Sekumpulan orang dari bahagian dunia yang lain melihat bintang itu dan mengikut bintang itu. Kita tidak banyak tahu tentang mereka atau berapa orang yang terlibat. Namun, mereka menemui Yesus dan menyembah Dia dengan hadiah.
Oleh itu, apakah yang kita ketahui daripada dua kumpulan pelawat yang menjadi sebahagian daripada cerita ini? Antara lain, ia menunjukkan bagaimana Yesus menghimpunkan orang yang berbeza.
Gembala itu adalah serupa dengan Maria dan Yusuf. Mereka ialah orang biasa dari kampung yang kecil, mencukupkan belanja dengan pekerjaan yang berpendapatan rendah.
Walau bagaimanapun, pelawat asing itu amat berbeza. Mereka berasal dari negara lain dan berkemungkinan besar mempunyai kepercayaan yang berbeza. Mereka kelihatan kaya dan berpengaruh, sesuatu yang tidak dimiliki oleh Maria dan Yusuf.
Kita mengetahui bahawa perbezaan boleh membahagikan orang. Kita pernah melihatnya, dalam hubungan peribadi kita dan kehidupan orang lain. Namun, cerita Natal mencipta hubungan bagi semua orang. Allah ingin melibatkan semua orang dalam keluarga-Nya. Jadi, Allah menjemput orang yang berdekatan dan orang yang berjauhan untuk meraikan Yesus.
Kelahiran Yesus menghimpunkan orang yang berbeza. Kita memerhatikan ini dalam cerita Natal, tetapi ia jugalah tema yang berulang dalam hidup Yesus. Dia membina hubungan dengan orang yang memiliki latar belakang yang amat berbeza. Melalui hubungan tersebut, Dia membantu merobohkan halangan sosial, ekonomi dan politik yang cenderung membahagikan kita.
Allah sedang membina sebuah keluarga global—jadi Dia memimpin kita untuk melepaskan penetapan minda "kami melawan mereka". Itu merupakan salah satu perkara yang kita raikan pada hari Natal: Yesus menunjukkan kepada kita kuasa kerendahan hati, hubungan dan empati.
Doa: Ya Allah, terima kasih kerana Engkau menjemput saya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga global-Mu. Tolonglah saya untuk sedar akan cara saya boleh membina hubungan dengan orang yang berbeza daripada saya. Tunjukkanlah kepada saya siapa yang saya boleh jemput untuk menjalinkan hubungan dengan-Mu. Dalam nama Yesus, amin.
Perihal Pelan
![The Christmas Story](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F49%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Setiap cerita yang baik mempunyai pemutarbalikkan plot—sesuatu yang tidak dijangkakan yang mengubah segala sesuatu. Salah satu pemutarbalikkan plot yang terbesar dalam Alkitab ialah cerita Natal. Sepanjang lima hari yang seterusnya, kita akan membongkar bagaimana satu peristiwa ini telah mengubah dunia ini dan bagaimana ia boleh mengubah hidup anda hari ini.
More