Cerita NatalSampel

The Christmas Story

HARI 2 DARIPADA 5

Mengapakah Penghormatan yang Sebesar Ini Diberikan Kepadaku

Cerita Natal ialah berita baik jika anda pernah rasa tidak penting, tidak layak, atau tidak diendahkan. Mengapa? Kerana orang seperti itu merupakan watak utama dalam cerita Natal. 

Buat seketika, lupakan semua perkara yang anda tahu tentang cerita Natal. Sudah bersedia? Okey, bayangkan anda mendapat tahu bahawa Allah bakal datang ke dunia ini, dan anda mengetahui bahawa Dia akan dilahirkan dalam keluarga manusia. Orang macam manakah yang akan dipilih oleh Allah untuk menjadi ibu bapa-Nya?  

Mungkin keluarga agama yang berkuasa, bukan? Jika bukan mereka, mungkin pasangan suami isteri yang memiliki kekayaan, kemahiran khusus, dan resume yang dipenuhi pencapaian rohani. 

Namun, ingatlah, cerita Natal dipenuhi kejutan. Jadi, Allah tidak memilih pasangan suami isteri yang kaya dan berkuasa. Sebaliknya, Dia memilih orang yang paling tidak disangka.  

Maria adalah muda dan bujang, dan hidup di sebuah kota yang kecil. Ia tidak berkuasa dan tidak berpengaruh. Ia adalah orang biasa, tetapi Allah telah memilihnya untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. 

Seorang utusan daripada Allah memberitahu Maria bahawa ia hamil dengan Penyelamat yang telah dijanjikan, walaupun ia ialah anak dara. Hari ini kita akan membaca tentang respons Maria setelah ia mendapat tahu tentang peranannya yang mengejutkan dalam kisah Allah. Bagi Maria, berita itu ialah tanda bahawa Allah melihat dan mengambil berat terhadap orang sepertinya. Penyelamat ini akan mengangkat orang yang dianggap tidak penting oleh dunia ini. 

Cerita Natal menolak idea bahawa anda memerlukan kekayaan, pengaruh, atau platform untuk menimbulkan perbezaan. Orang yang tidak penting, biasa, dan tidak layak adalah penting kepada Allah. Maka, Dia memilih untuk bekerjasama dengan mereka ini untuk menunjukkan kepada dunia ini bahawa Dia mengambil berat terhadap setiap orang.

Lain kali, semasa anda berasa tidak penting atau tidak layak, ingatlah cerita Natal. Ia ialah peringatan yang berkuasa bahawa nilai kita datang daripada Allah, yang melihat kita, mengasihi kita, dan ingin bekerja bersama dengan kita untuk menjemput orang lain ke dalam keluarga-Nya. 

Doa: Ya Allah, saya amat bersyukur kerana kasih-Mu. Tolonglah saya untuk mendasarkan nilai kendiri saya pada keamatan kasih-Mu terhadap saya, bukan pada pendapat orang lain. Pimpinlah saya ke arah orang yang terluka, yang berasa tidak penting, supaya saya boleh memberikan kasih sama yang telah Engkau tunjukkan kepada saya. Dalam nama Yesus, amin.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

The Christmas Story

Setiap cerita yang baik mempunyai pemutarbalikkan plot—sesuatu yang tidak dijangkakan yang mengubah segala sesuatu. Salah satu pemutarbalikkan plot yang terbesar dalam Alkitab ialah cerita Natal. Sepanjang lima hari yang seterusnya, kita akan membongkar bagaimana satu peristiwa ini telah mengubah dunia ini dan bagaimana ia boleh mengubah hidup anda hari ini.

More

Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan Pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.life.church