Cerita NatalSampel

The Christmas Story

HARI 5 DARIPADA 5

Demi Menyelamatkan Dunia

Yesus ialah Penyelamat yang dijanjikan dan Anak Daud, tetapi bagaimanakah Dia hidup seperti gelaran ini? Dunia ini masihlah kelihatan berpecah belah seribu tahun kemudian. Bagaimanakah Yesus mencapai misi-Nya? 

Banyak orang mempunyai jangkaan tentang rupa Penyelamat itu. Sesetengah orang berfikir Dia ialah seorang pahlawan yang akan menewaskan musuh mereka. Yang lain pula berfikir Dia ialah hakim yang berkuasa, yang akan menghukum orang yang berdosa. Walau bagaimanapun, tiada orang yang menjangkakan seseorang seperti Yesus. 

Yesus mengelilingi diri-Nya dengan orang biasa. Dia mengajar mereka cara berbaik dengan orang lain dengan mengambil berat terhadap orang lain. Yesus melakukan mukjizat yang memanfaatkan orang yang dianggap tidak penting atau remuk dari segi rohani. Yesus makan bersama dengan orang yang berdosa dan menawarkan harapan kepada orang yang patah hati dan menderita. 

Yesus mengetahui bahawa dunia ini tidak memerlukan seorang lagi pemerintah duniawi yang berkuasa. Kita memerlukan sesuatu yang lebih mendalam: suatu cara hidup yang baru yang berakar umbi dalam kerendahan hati, pengampunan, dan kemurahan hati. Cara hidup ini membina hubungan dengan orang lain, membawa harapan kepada orang yang berasa kecil, dan mengingatkan kita bahawa kita ialah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada diri kita. 

Walau bagaimanapun, Yesus adalah lebih daripada satu contoh yang positif bagi kita. Dia ialah Allah menyertai kita. Dia telah mengorbankan hidup-Nya dan bangkit daripada kematian untuk membuka jalan untuk kita menemui pengampunan yang sebenar dan yang kekal.  

Cerita Natal merupakan previu berkuasa tentang kehidupan Yesus. Ia mengingatkan kita tentang rupa Allah dan bagaimana Dia menyelamatkan dunia ini. Setiap hari, pengikut Yesus memilih pengampunan, menunjukkan kemurahan hati, dan membuat pilihan yang mengutamakan orang lain. Setiap pilihan itu menjadikan dunia ini lebih menyerupai syurga.  

Semasa hari Natal, Allah telah memberikan Anak-Nya sebagai hadiah bagi dunia ini. Ia merupakan hadiah tujuan, kekitaan dan pengampunan. Ia jugalah hadiah yang kita dapat berkongsi dengan orang lain. 

Doa: Ya Allah, saya memuji-Mu kerana kasih kurnia-Mu dan perlindungan-Mu terhadap kami. Terima kasih kerana Engkau memberikan pengampunan dan tujuan melalui Yesus. Tolonglah saya untuk mencari cara untuk menjadi lebih menyerupai Yesus setiap hari. Dalam nama Yesus, amin. 

Cabaran: Kita membuat perjalanan sepanjang hayat untuk menjadi lebih menyerupai Yesus. Artikel ini boleh membantu sesiapa sahaja untuk menemui langkah seterusnya untuk mengikuti Yesus.

Hari 4

Perihal Pelan

The Christmas Story

Setiap cerita yang baik mempunyai pemutarbalikkan plot—sesuatu yang tidak dijangkakan yang mengubah segala sesuatu. Salah satu pemutarbalikkan plot yang terbesar dalam Alkitab ialah cerita Natal. Sepanjang lima hari yang seterusnya, kita akan membongkar bagaimana satu peristiwa ini telah mengubah dunia ini dan bagaimana ia boleh mengubah hidup anda hari ini.

More

Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan Pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.life.church