7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang KebimbanganSampel
Dalam kehidupan, anda akan menghadapi banyak situasi yang sukar. Jika anda tidak bersedia lebih awal untuk realiti ini, ia akan memberikan tekanan apabila ia berlaku. Salah satu cara anda boleh menangani kebimbangan adalah dengan mengelilingi diri dengan orang yang betul—mereka yang dapat membantu anda mengharunginya. Jika suatu cabaran kelihatan terlalu besar untuk ditangani, keyakinan boleh berkongsi beban itu dapat membantu atau menyelesaikan masalah tersebut.
Yesus memberikan anda kedamaian ini pada pelbagai peringkat. Dia sentiasa bersama dengan anda, di mana jua dan bila-bila anda memerlukan Dia. Apabila kehidupan mencabar anda, pasti menenangkan untuk mengetahui bahawa Yesus sentiasa ada untuk membantu anda menghadapi apa pun rintangan. Semakin anda mendekati-Nya, anda akan merasakan kedamaian yang lebih besar—walaupun dalam keadaan yang sukar…walaupun semasa anda bergumul dengan kebimbangan.
Apabila anda meletakkan kepercayaan anda dalam Tuhan, dan bukannya pada diri sendiri (atau dalam keadaan anda), kesukaran hidup tidak akan kelihatan begitu sukar. Anda akan menjadi kurang risau dan memiliki kedamaian yang lebih besar kerana anda sedar bahawa Yesus berjalan bersama dengan anda, menempuhi apa jua yang dihadapi. Sebagaimana pengetahuan anda yang semakin bertambah dapat membantu dalam sesuatu ujian atau projek, iman yang semakin bertambah membantu anda untuk bergantung kepada Yesus.
Anda tidak perlu menghadapi semua ini bersendirian. Yesus sentiasa ada bersama dengan anda. Serahkan kebimbangan anda kepada-Nya kerana Dia mengambil berat terhadap anda.
Ryan Ackermann
Pembangun iOS YouVersion
Kitab
Perihal Pelan
Setiap hari mempunyai potensi untuk memperkenalkan cabaran baru yang kompleks dalam kehidupan kita. Namun, setiap hari juga mungkin memberkati kita dengan peluang baru yang menarik. Dalam renungan tujuh hari ini, kakitangan YouVersion membantu anda untuk menerapkan kebenaran daripada Firman Tuhan ke dalam apa jua yang dihadapi anda sekarang. Renungan setiap hari termasuk Imej Ayat untuk membantu anda berkongsi apa yang dikatakan oleh Tuhan kepada anda.
More