7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang KebimbanganSampel

7 Things The Bible Says About Anxiety

HARI 4 DARIPADA 7

Dalam kitab Roma, Paulus menyatakan bahawa pada saat anda mengakui Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat anda, anda dijadikan anak angkat dalam keluarga Tuhan, dan Dia menjadi Bapa anda. Tuhan bukan Bapa yang biasa. Bapa kandung anda adalah manusia dan berdosa, maksudnya dia pernah mengecewakan anda…dan dia berkemungkinan akan mengecewakan anda lagi.

Tuhan adalah sempurna dan baik. Dia tidak akan mengecewakan anda. Zefanya 3:17 menggambarkan kasih luar biasa Bapa syurgawi untuk anda: Dia menyertai anda, Dia gembira dan bersukacita kerana anda! Zefanya menyatakan bahawa Tuhan jugalah pelindung dan penghibur anda. “Dia memberi kamu hidup baru kerana Dia mengasihi kamu.”

Mazmur 139 menyatakan bahawa Tuhan sentiasa bersama anda sejak anda berada dalam rahim ibu anda, dan Dia akan bersama dengan anda ke mana pun anda pergi. Anda adalah karya agung ciptaan-Nya, dan Dia adalah penyokong terbesar anda sementara anda menerokai dan menjalani kehidupan menurut kehendak-Nya bagi anda.

Bayangkan ini: seorang kanak-kanak tidur dengan nyenyaknya di katilnya sementara ribut petir membadai. Bunyi guruh dan petir yang kuat dengan tiba-tiba mengejutkan anak itu dari tidurnya, dan selepas meminta pertolongan, bapanya yang penyayang meluru masuk dan memeluk anaknya. Seperti bapa itu, Tuhan sentiasa hadir untuk anda. Dalam kasih-Nya, Dia akan menenangkan semua ketakutan anda.

Kylyn Hersack
Jurutera Android YouVersion

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Anxiety

Setiap hari mempunyai potensi untuk memperkenalkan cabaran baru yang kompleks dalam kehidupan kita. Namun, setiap hari juga mungkin memberkati kita dengan peluang baru yang menarik. Dalam renungan tujuh hari ini, kakitangan YouVersion membantu anda untuk menerapkan kebenaran daripada Firman Tuhan ke dalam apa jua yang dihadapi anda sekarang. Renungan setiap hari termasuk Imej Ayat untuk membantu anda berkongsi apa yang dikatakan oleh Tuhan kepada anda.

More

Pelan ini ditulis dan disediakan oleh pasukan YouVersion. Layari youversion.com untuk maklumat lanjut.