7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang KebimbanganSampel

7 Things The Bible Says About Anxiety

HARI 2 DARIPADA 7

Ada kalanya sesuatu yang tidak dapat kawal atau tidak dijangka berlaku. Kebimbangan berlaku apabila anda menghabiskan masa memikirkan perkara tersebut. Sama ada anda berasa bimbang tentang tarikh akhir atau dirundung kebimbangan berterusan tanpa sebab, anda tidak bersendirian. Walaupun anda tidak dapat membayangkannya, Tuhan menguntukkan harapan yang berkelimpahan bagi mereka yang—di tengah-tengah keadaan kelam-kabut—berhenti cukup lama untuk mendengar suara-Nya.

Roma 15:13 adalah doa daripada Rasul Paulus kepada orang Kristian di Roma, tetapi jika anda mendengar, anda boleh mendengar suara Tuhan berbicara kepada anda. Paulus memilih kata-katanya dengan berhati-hati semasa dia berkata "Allah yang memberi kamu harapan.” Adakah anda memahaminya? Harapan adalah sifat Tuhan. Namun, Paulus tidak meminta Tuhan untuk menghapuskan kebimbangan mereka semata-mata. Bolehkah Tuhan menghapuskannya? Sudah tentu, tetapi Paulus tahu orang Roma akan menghadapi keadaan yang sama lagi jika mereka tidak mengubah pemikiran mereka. Sebaliknya, dia meminta Tuhan untuk memenuhi mereka “dengan kegembiraan dan kedamaian” kerana apabila anda betul-betul dipenuhi kegembiraan dan kedamaian, tiada ruang lagi untuk kebimbangan.

Ianya tidaklah semudah itu. Tuhan boleh menempatkan orang Roma dalam kegembiraan dan kedamaian yang tidak habis-habis, memenuhkan tangki rohani mereka, sehinggakan tiada ruang lagi untuk kebimbangan. Walau bagaimanapun, Tuhan tahu jika mereka tidak mengubah tabiat mental mereka, kegembiraan dan kedamaian akhirnya akan digantikan dengan kebimbangan. Maka, Tuhan memerlukan satu perkara sebelum melepaskan kegembiraan dan kedamaian dari Syurga. Bahagian seterusnya ayat itu berbunyi “kerana kamu percaya kepada-Nya.”

Dapatkah anda melihatnya sekarang? Kepercayaan adalah kunci kepada pintu yang memisahkan kelimpahan kegembiraan dan kedamaian yang akan menghapuskan kebimbangan. Adakah anda mempercayai Tuhan? Bukan kepercayaan yang cetek atau yang berpura-pura saja—tetapi kepercayaan yang membolehkan anda untuk melepaskan apa yang digenggam dengan kuat.

Adakah kepercayaan itu peluru yang ajaib? Tidak. Tiada peluru ajaib yang mampu menghapuskan semua kesan kebimbangan biologi yang telah berurat berakar dengan serta-merta. Namun, Tuhan masih boleh dipercayai. Mempercayai Dia pasti akan menyembuhkan fikiran dan roh anda. Dia boleh menjadi Batu di mana anda berdiri dan berpaut pada sementara anda terus menentang cengkaman kebimbangan terhadap tubuh anda.

Tuhan layak menerima kepercayaan paling mendalam kita. Apabila anda mempercayai-Nya, Dia memenuhi anda dengan kegembiraan dan kedamaian yang banyak sehinggakan anda berkelimpahan dengan harapan secara harfiah. Anda mungkin tidak mengetahui perasaannya, dan berkemungkinan sangat sukar untuk mempercayai Tuhan. Namun, inti iman adalah melangkah keluar dan mengambil risiko apabila anda tidak memahami sepenuhnya apa yang akan berlaku seterusnya.

Dapatkah anda memberanikan diri untuk melepaskan perkara yang digenggam dan mempercayai Tuhan hari ini?

Michael Martin
Pembangun Web YouVersion

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Anxiety

Setiap hari mempunyai potensi untuk memperkenalkan cabaran baru yang kompleks dalam kehidupan kita. Namun, setiap hari juga mungkin memberkati kita dengan peluang baru yang menarik. Dalam renungan tujuh hari ini, kakitangan YouVersion membantu anda untuk menerapkan kebenaran daripada Firman Tuhan ke dalam apa jua yang dihadapi anda sekarang. Renungan setiap hari termasuk Imej Ayat untuk membantu anda berkongsi apa yang dikatakan oleh Tuhan kepada anda.

More

Pelan ini ditulis dan disediakan oleh pasukan YouVersion. Layari youversion.com untuk maklumat lanjut.