7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang KebimbanganSampel
Kebimbangan adalah perasan yang tidak dapat diduga. Mulanya baik. Tiba-tiba, anda dilanda emosi yang melemahkan dan kekeliruan mental. Anda menarik nafas panjang. Tutup mata anda. Berlatih respons fikizal yang menenangkan yang anda diajar untuk lakukan semasa diserang kebimbangan. Namun, kebimbangan bukan sahaja memberikan kesan fizikal. Ia mempengaruhi segala sesuatu.
Oleh itu, kita mesti menggabungkan respons fizikal kita dengan kebenaran rohani yang membantu kita mengalihkan tumpuan kita. Fikiran kita perlu menemukan rehat. Alkitab membantu kita untuk melaraskan semula dan menenangkan hati kita.
Pertama, kita harus melengkapkan diri kita dengan Kitab Suci dalam keadaan baik supaya apabila serangan melanda, kita bersedia untuk berlawan. Hafal ayat Alkitab yang boleh digunakan sebagai senjata apabila ombak kebimbangan memukul. Ayat-ayat tersebut mengingatkan kita tentang kebenaran Tuhan dan mengalihkan mata kita daripada perkara yang membawa kita ke tempat yang gelap.
Yesaya 12:2 memberitahu kita bahawa kita boleh mempercayai Tuhan untuk menyelamatkan kita, dan bahawa kita tidak perlu takut. Betapa hebatnya! Kita tidak perlu rasa takut. Kita boleh mempercayai Tuhan. Dia akan menyelamatkan kita. Dia ialah Tuhan. Dia menguasai segala sesuatu, dan Dia dapat menyelamatkan kita, walau berapa jauh pun kita rasa kita telah menyimpang. Dia tetap ada bersama anda.
Apabila kita memenuhi fikiran kita dengan peryataan seperti ini, kita membenarkan Tuhan untuk mengambil beban hati kita dan memberikan kita rehat. Peryataan ini juga memberikan kita kuasa untuk berlawan dan memenangi pertempuran yang dihadapi.
Ulang peryataan ini sehingga anda merasa ombak kebimbangan berlalu kerana mengulangi kebenaran membebaskan kita daripada dusta kebimbangan.
Tuhan inginkan kebergantungan demikian daripada kita. Kita tidak perlu menunggu pertempuran mental yang mengejutkan untuk merenungkan Firman-Nya. Saya percaya apabila fikiran saya memfokus pada kebenaran Kitab Suci, pencetus yang pada suatu masa dulu menguasai saya kurang berkuasa sekarang (lihat Roma 8:6).
Hampiri Tuhan melalui Firman-Nya. Biarlah ia menguasai fikiran anda dan mengubati kebimbangan jiwa anda yang mendalam. Pilihlah untuk menyerahkan ketakutan anda kepada-Nya. Percayalah Dia untuk menyelamat anda.
Jessica Penick
Pengurus Kandungan YouVersion
Kitab
Perihal Pelan
Setiap hari mempunyai potensi untuk memperkenalkan cabaran baru yang kompleks dalam kehidupan kita. Namun, setiap hari juga mungkin memberkati kita dengan peluang baru yang menarik. Dalam renungan tujuh hari ini, kakitangan YouVersion membantu anda untuk menerapkan kebenaran daripada Firman Tuhan ke dalam apa jua yang dihadapi anda sekarang. Renungan setiap hari termasuk Imej Ayat untuk membantu anda berkongsi apa yang dikatakan oleh Tuhan kepada anda.
More