Mengamalkan Jalan TuhanSampel
![Practicing the Way](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F42239%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
PIKULLAH SALIBMU
Adakah anda ingin mengikut Yesus?
Tidak semua orang ingin berbuat demikian.
Bacalah Injil: Berpuluh ribu orang tertarik kepada Yesus, tetapi hanya beberapa ratus orang sahaja yang menjadi perantis-Nya.
Banyak orang yang betul-betul tertarik kepada Yesus (bagaimana anda mungkin tidak tertarik?), tetapi mereka tidak rela mengabdikan diri kepada kehidupan perantisan. Mereka memberikan alasan seperti "Tuan, benarkan saya balik untuk mengebumikan jenazah bapa saya dahulu" (Lukas 9:59). Ini merupakan cara orang abad pertama mengatakan, "Biarlah saya tunggu sehingga ibu bapa saya meninggal dunia supaya saya boleh menerima warisan keluarga dan menjadi kaya dengan bebasnya; kemudian saya akan mengikut-Mu.” Satu alasan yang lain? "Benarkan saya balik dahulu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga saya" (ayat 61). Maksudnya, berikan saya sedikit masa lagi sebelum saya mengabdikan diri.
Itulah yang dilakukan oleh kebanyakan orang: Kita menangguh, kita berubah-ubah fikiran, kita memberikan alasan. Seperti mengamalkan diet atau menguruskan badan atau mengatur almari kita, kita berlengah-lengah: "Saya akan melakukannya nanti.” Walau bagaimanapun, kita jarang melakukannya.
Apakah yang dikatakan oleh Yesus? “Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka sendiri” (ayat 60).
Itu kedengaran jahat kepada telinga moden kita, tetapi bukanlah begitu; itu cumalah terus terang. Yesus berkata, "Kamu boleh melakukan itu, tetapi jika kamu memilih jalan itu, jalan itu membawa kamu kepada kematian, bukannya hidup.”
Begitu, Yesus tidak merayu atau memanipulasi atau membuli. Pemaksaan bukanlah buah Roh. Dia tidak berkasar atau memberikan penawaran penjualan; Dia hanya menjemput. Apabila orang teragak-agak atau memberikan alasan . . .
Dia membiarkan mereka beredar.
Dapatkah anda membayangkan membalas tidak terhadap jemputan Yesus?
Saya dapat.
Jika anda sudah hidup cukup lama, anda pastinya akan menolak jemputan yang dikesali kemudian. Saya pernah berbuat demikian. Syukurlah, dengan pengalaman yang lalu, saya boleh mengatakan hanya ada beberapa peluang sahaja yang amat dikesali. Sehingga hari ini, semasa mengenangkan peluang yang terlepas itu, saya bersedih.
Anda menerima jemputan sebelum anda menjadi perantis Yesus.
Apakah keputusan anda?
Apakah jemputan yang anda rasa diberikan oleh Yesus kepada hati dan hidup anda? Adakah Roh Yesus menggerakkan hati anda ke arah sesuatu? Adakah anda mengikut gesaan itu? Apakah yang akan anda lakukan hari ini untuk mengatakan ya kepada jemputan Yesus?
Perihal Pelan
![Practicing the Way](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F42239%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Siapa yang anda jadi? Jika anda membayangkan diri pada umur 70, 80, atau 100, orang macam manakah yang anda lihat pada ketika itu? Adakah bayangan di fikiran anda itu memenuhi anda dengan harapan? Ataupun ketakutan? Dalam renungan ini, John Mark Comer menunjukkan bagaimana kita boleh dibentuk dari segi rohani untuk menjadi lebih menyerupai Yesus setiap hari.
More
Pelan yang Berkaitan
![Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43679%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya
![Benih: Apa dan Mengapa](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44130%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Benih: Apa dan Mengapa
![Mengasihi dan Terus Mengasihi](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44158%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Mengasihi dan Terus Mengasihi
![Bangkitlah dan Bersinarlah](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43961%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Bangkitlah dan Bersinarlah
![Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44485%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan
![Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44796%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus
![Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F50414%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain
![Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F48882%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu
![Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F53791%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda
![Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43442%2F320x180.jpg&w=640&q=75)