Mengamalkan Jalan TuhanSampel

Practicing the Way

HARI 1 DARIPADA 5

JALAN YANG MENUJU KEHIDUPAN

Nama asal untuk komuniti pengikut Yesus (atau gelaran saya untuk mereka, perantis) ialah "Jalan Tuhan" atau "pengikut Jalan Tuhan" (Kisah Rasul-rasul 9:2; 19:23; 24:14). Perkataan ini menggambarkan idea yang mudah tetapi revolusioner:

Jalan Yesus bukanlah suatu teologi (idea yang kita percayai) semata-mata. Jalan Yesus ialah itu, tetapi lebih banyak lagi.

Bukan etika (senarai lakukan dan jangan lakukan yang dipatuhi atau tidak patuhi) sahaja. Jalan Yesus ialah itu, tetapi lebih banyak lagi.

Jalan Yesus ialah seperti yang diperikan—cara kehidupan.

Cara kehidupan ini—yang ditunjukkan oleh Yesus sendiri ini jauh melewati segala sesuatu yang ditawarkan oleh dunia ini. Cara kehidupan ini boleh mendedahkan anda kepada kehadiran Allah dan kuasa-Nya dalam cara yang hanya dibayangkan oleh kebanyakan orang. Namun, cara kehidupan ini menghendaki anda untuk mengikuti jalan yang disediakan khusus untuk anda oleh Yesus sendiri.

Yesus berkata, “Masuklah melalui pintu yang sempit, kerana pintu dan jalan yang menuju ke neraka itu lebar dan lapang! Banyak orang yang mengambil jalan itu. Tetapi pintu dan jalan yang menghala ke hidup sejati itu sempit dan susah. Hanya sedikit orang yang mendapati jalan itu” (Matius 7:13-14).

Jalan yang "lebar dan lapang" ialah jalan budaya majoriti, yang mudah malah bodoh: "Ikutlah orang ramai dan lakukan apa sahaja yang diingini." Berbilion-bilion orang hidup seperti ini, tetapi cara hidup ini tidak membawa mereka kepada hidup sejati; sebaliknya, cara ini kerap membawa kepada kemusnahan.

Jalan Yesus adalah "sempit", maksudnya, jalan itu ialah cara kehidupan yang amat spesifik. Jika anda mengikut jalan itu, ia akan membawa anda kepada hidup, pada zaman ini dan zaman akan datang.

Yesus sering menawarkan hidup ini kepada sesiapa sahaja yang akan mengikut-Nya. "Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan,” kata-Nya (Yohanes 10:10). Hidup yang dirujuk oleh Yesus ini juga dipanggil "hidup kekal," yang bukan sahaja menggambarkan hidup dari segi kuantiti malah dari segi kualiti juga.

Sering kali, nampaknya golongan minoriti sahaja yang mengatakan ya kepada jemputan Yesus. Walau bagaimanapun, anda bolehlah menjadi antara golongan yang bertuah itu—perantis Yesus.

Hal ini kerana tawaran hidup yang menakjubkan ini tersedia kepada semua orang.

Jika anda ingin mula mengikuti Yesus sebagai cara kehidupan, bagaimanakah tindakan itu mula mengubah hidup anda? Apakah tabiat anda yang harus diubah? Luangkan masa sekarang ini untuk berhenti sejenak, dan meneliti keinginan hati anda untuk Yesus dan transformasi. Biarlah keinginan itu mendorong perubahan anda.

Hari 2

Perihal Pelan

Practicing the Way

Siapa yang anda jadi? Jika anda membayangkan diri pada umur 70, 80, atau 100, orang macam manakah yang anda lihat pada ketika itu? Adakah bayangan di fikiran anda itu memenuhi anda dengan harapan? Ataupun ketakutan? Dalam renungan ini, John Mark Comer menunjukkan bagaimana kita boleh dibentuk dari segi rohani untuk menjadi lebih menyerupai Yesus setiap hari.

More

Kami berterima kasih kepada John Mark Comer Teachings Practicing the Way kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://practicingtheway.org