Mengamalkan Jalan TuhanSampel
![Practicing the Way](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F42239%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
MATLAMAT #3: LAKUKANLAH SEPERTI YANG DILAKUKAN-NYA
“Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku” (Matius 28:19). Demikianlah kata penutup Yesus kepada para perantis-Nya.
Inilah betul-betul perkara yang anda jangka seseorang rabbi akan katakan kepada murid-muridnya pada akhir latihan mereka. Sebenarnya matlamat rabbi bukanlah mengajar semata-mata, malah membangunkan murid-murid selepasnya untuk meneruskan ajarannya dan cara hidupnya. Sehingga hari ini, rabbi ditugaskan untuk "membangunkan banyak murid" semasa pentahbisannya, dalam liturgi yang diamalkan sejak zaman Yesus.
Sekarang, teliti hal ini bersama-sama saya, kerana ini merupakan idea yang sangat mudah tetapi tidak difahami oleh banyak orang Kristian: Jika anda ialah perantis Yesus, matlamat akhir anda ialah berkembang dan mematangkan diri menjadi orang yang boleh mengatakan dan melakukan semua perkara yang telah dikatakan dan dilakukan oleh Yesus.
Kanak-kanak kerap memahami ini mengikut gerak hati; mereka membaca cerita orang Samaria yang baik, dan impuls pertama mereka ialah berhenti setiap kali mereka melalui orang dengan tayar kereta yang kempis. Disebabkan Yesus mengakhiri cerita itu dengan, "pergilah dan berbuatlah demikian" (Lukas 10:37). Ataupun, mereka mendengar cerita tentang penyembuhan orang sakit oleh Yesus, dan lain kali kawan prasekolah mereka sakit, mereka memeluk kawan itu dan berdoa agar ia disembuhkan. Namun, sesuatu berlaku kepada kita secara beransur-ansur, dan kita diubah dari segi sosial untuk memalapkan impuls tersebut.
Bagaimana kalau impuls itu ialah Roh Kudus?
Bagaimana kalau dorongan dalaman hati itu ialah Roh Kudus yang sedang bekerja dalam kita untuk pergi dan melakukan apa yang telah dilakukan oleh Yesus?
Seperti yang dinyatakan oleh perantis Yesus, Yohanes, dalam Perjanjian Baru, “Itulah tandanya kita hidup bersatu dengan Allah. Sesiapa berkata bahawa dia hidup bersatu dengan Allah, orang itu harus hidup mengikut jejak Kristus” (1 Yohanes 2:5-6).
Semua ini membawa kita kepada matlamat #3: Lakukanlah seperti yang dilakukan-Nya. Matlamat terakhir seseorang perantis ialah meneruskan kerja tuannya. Pada akhirnya, itulah matlamat perantisan.
Semasa anda berfikir tentang melakukan perkara yang dilakukan oleh Yesus, perkara yang manakah kelihatan paling sukar? Mengapa? Apakah sumbangan tersendiri anda daripada Allah kepada dunia ini? Adakah anda berjaya? Apakah peranan anda dalam gereja, keluarga Allah? Adakah anda memainkan peranan anda?
Perihal Pelan
![Practicing the Way](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F42239%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Siapa yang anda jadi? Jika anda membayangkan diri pada umur 70, 80, atau 100, orang macam manakah yang anda lihat pada ketika itu? Adakah bayangan di fikiran anda itu memenuhi anda dengan harapan? Ataupun ketakutan? Dalam renungan ini, John Mark Comer menunjukkan bagaimana kita boleh dibentuk dari segi rohani untuk menjadi lebih menyerupai Yesus setiap hari.
More
Pelan yang Berkaitan
![Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43679%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya
![Benih: Apa dan Mengapa](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44130%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Benih: Apa dan Mengapa
![Mengasihi dan Terus Mengasihi](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44158%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Mengasihi dan Terus Mengasihi
![Bangkitlah dan Bersinarlah](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43961%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Bangkitlah dan Bersinarlah
![Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44485%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan
![Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44796%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus
![Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F50414%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain
![Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F48882%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu
![Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F53791%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda
![Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43442%2F320x180.jpg&w=640&q=75)