Mengamalkan Jalan TuhanSampel
![Practicing the Way](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F42239%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
MATLAMAT #2: MENJADI SEPERTI DIA
Bagi Yesus, tujuan perantisan ialah menyertai-Nya dengan matlamat menjadi seperti Dia. Kita melihat ini dalam rubrik Yesus: "Tiada perantis yang melebihi gurunya, tetapi setiap orang yang terlatih sepenuhnya akan menjadi seperti gurunya" (lihat Matius 10:24). Perantis Yesus ialah orang yang mendaftar untuk program latihan ini, yang mengatur hidupnya secara sengaja berdasarkan matlamat pertumbuhan dan kematangan rohani.
(Bukan perantis Yesus ialah orang yang secara sengajanya mengatur hidup mereka berdasarkan apa-apa yang lain.)
Proses pertumbuhan dan perubahan ini dipanggil "pembentukan rohani." Pembentukan rohani bukanlah hal Kristian; tetapi hal manusia.
Menjadi manusia bermaksud sentiasa berubah. Sama ada kita beragama atau tidak, kita bertumbuh, berkembang, mengalami keretakan, dan kembali bersama. Kita tidak dapat mengelaknya; sifat jiwa manusia adalah dinamik, bukannya statik. Oleh itu, kita menunjukkan gambar remaja yang banyak kerenah di majlis perkahwinan dan gambar perkahwinan semasa upacara pengebumian—kita tertarik oleh proses perubahan ini.
Maka, persoalannya ialah, Adakah anda dibentuk?
Pokoknya, siapa atau apa yang anda jadi?
Pembentukan rohani menurut Jalan Yesus ialah proses yang telah lama dipanggil imitatio Christi, atau “meniru Kristus" oleh golongan rahib. Bapa mahu kita untuk "menjadi seperti Anak-Nya" (Roma 8:29). Yang peliknya, semasa ini berlaku, kita menjadi diri kita yang terdalam dan paling benar—diri yang dimaksudkan oleh Allah semasa Dia mencipta kita sebelum dunia ini diciptakan.
Ironi budaya "menjadi diri sendiri" kita ialah setiap orang akan kelihatan serupa pada akhirnya. Sebenarnya, dosa adalah sangat klise. Kita diturunkan kepada naluri kebinatangan asas kita untuk melindungi diri dan keseronokan diri—ketamakan, sikap lahap, sifat tidak bermoral, bohong, permainan kuasa. Cerita yang sama berulang, daripada generasi kepada generasi.
Original yang sebenar ialah orang yang mengamalkan Jalan Tuhan. Disebabkan tiada yang lebih original daripada orang kudus.
Anda menjadi seseorang; itu tidak dapat dielakkan.
Anda akan mencapai sesuatu dalam hidup ini.
Mengapa tidak menjadi seseorang yang dipenuhi kasih Yesus?
Mengapa tidak menjadi seperti Dia?
Sifat Yesus yang manakah anda ingin sangat miliki? Berhenti sekarang dan berdoa agar Roh Yesus membentuk sifat tersebut dalam jiwa anda.
Perihal Pelan
![Practicing the Way](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F42239%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Siapa yang anda jadi? Jika anda membayangkan diri pada umur 70, 80, atau 100, orang macam manakah yang anda lihat pada ketika itu? Adakah bayangan di fikiran anda itu memenuhi anda dengan harapan? Ataupun ketakutan? Dalam renungan ini, John Mark Comer menunjukkan bagaimana kita boleh dibentuk dari segi rohani untuk menjadi lebih menyerupai Yesus setiap hari.
More
Pelan yang Berkaitan
![Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43679%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya
![Benih: Apa dan Mengapa](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44130%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Benih: Apa dan Mengapa
![Mengasihi dan Terus Mengasihi](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44158%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Mengasihi dan Terus Mengasihi
![Bangkitlah dan Bersinarlah](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43961%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Bangkitlah dan Bersinarlah
![Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44485%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan
![Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44796%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus
![Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F50414%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain
![Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F48882%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu
![Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F53791%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda
![Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43442%2F320x180.jpg&w=640&q=75)