Rut: Cerita tentang Kasih Penebusan AllahSampel

Semasa anda membaca kitab Rut, anda mungkin percaya bahawa Rut ialah orang yang ditebus. Sementara itu tidak diragui benar, ada seorang lagi yang ditebus lebih daripada Rut: Naomi. Rut dan Naomi mengalami transformasi yang luar biasa, tetapi transformasi Naomi merupakan salah satu sorotan kitab Rut. Penebusannya membayangkan penebusan semua orang yang mempercayai Tuhan.
Sepanjang ceritanya, Rut bertambah yakin dan mengalami kekuasaan sosial. Rut memulakan ceritanya sebagai orang Moab, orang asing pagan di tanah asing, balu yang miskin. Semasa menemui Boas, Rut mengatakan dirinya "tidak setaraf pekerja." Selepas beberapa bulan memungut bijirin yang ditinggalkan oleh pekerja tanah Boas, Rut membina hubungan yang baru dengan Boas, dan Boas menjaga Rut. Rut memperkenalkan diri sebagai hamba Boas semasa ia meminta Boas untuk mengahwininya (itulah yang dilakukannya jika anda tidak tahu). Mengahwini Boas telah meningkatkan kedudukan sosialnya kepada isteri pemilik tanah yang kaya dan lelaki yang digambarkan sebagai "kaya serta dihormati". Walau bagaimanapun, transformasi Rut tidak berakhir begitu saja. Rut diangkat lebih tinggi daripada isteri yang dihormati dan anggota komuniti. Rut akan sentiasa dianggap dihormati dalam geneaologi Tuhan. Namun, kitab Rut juga menceritakan penebusan Naomi.
Kemuncak penebusan Allah terhadap Naomi menekankan kesetiaan dan pemeliharaan Allah walau apa pun yang terjadi pada masa silam Naomi. Di akhir bab 1, Naomi pulang ke Betlehem sebagai pelarian yang miskin. Ia kosong dari segi rohani, fizikal dan emosi. Ia mendakwa bahawa "Allah Yang Maha Kuasa telah menjadikan kehidupannya pahit." Di akhir kitab itu, Naomi penuh dari segi rohani, fizikal dan emosi. Allah tidak melupakan Naomi. Bayi lelaki di ribanya membuktikannya. Naomi, yang meratap secara pahit kerana tiada waris, kini mendakap seorang waris. Allah telah memulihkan jaminan kewangan dan statusnya dalam komuniti. Ia telah pulang ke asal: daripada Mara kepada Naomi, pahit kepada baik, kosong kepada penuh, daripada tiada waris kepada nenek moyang seorang raja – raja yang terhebat dalam sejarah Israel. Ia beralih daripada wanita tua yang tiada anak dan tiada waris kepada nenek moyang Imanuel, Allah menyertai kita, Yesus Kristus.
Pada asasnya, mesej Rut ialah kebaikan Allah, yang membawa kepada pemulihan dan berkat – fizikal dan rohani. Inilah yang dilakukan oleh Allah; Dia memulihkan apa yang telah dirosakkan oleh dosa dan pemberontakan. Kita boleh belajar daripada transformasi Naomi bahawa Allah kita sedar akan keperluan kita dan amat mengambil berat tentang kebajikan kita. Kematian Kristus di salib mengutamakan kebajikan orang percaya daripada diri-Nya.
Pemulihan Naomi yang menakjubkan ialah bentuk transformasi yang diberikan oleh Allah dalam hidup orang yang mempercayai-Nya sebagai Tuhan dan Penyelamat mereka. Kita mengalami transformasi yang sama: daripada pahit kepada baik, kosong kepada penuh, di luar keluarga Allah kepada anak Yang Maha Kuasa, waris bersama dengan Kristus. Tiada transformasi yang lebih luar biasa lagi. Dalam Faithful God: An Exposition on the Book of Ruth, Sinclair Ferguson berkata, "Inilah cara Allah. Dia mengambil perkara dunia yang lemah dan melalui perkara tersebut menghancurkan perkara yang kuat; melalui perkara yang rendah dan hina, Dia memalukan yang kuat; bahkan yang tidak ada, untuk meniadakan yang ada.”
Pada pendapat anda, adakah penebusan Naomi lebih besar daripada penebusan Rut? Adakah orang dalam hidup anda yang akan mendapat manfaat daripada mendengar tentang transformasi anda?
Perihal Pelan

Berkemungkinan salah satu cerita pendek yang paling menakjubkan sepanjang zaman, kitab Rut merupakan catatan tentang kasih penebusan Allah. Kitab Rut ialah cerita tentang cara Allah menggunakan kehidupan orang biasa untuk mengerjakan kehendak berdaulat-Nya. Dengan alegori kasih Kristus dan pengorbanan-Nya untuk umat-Nya yang indah, kita ditunjukkan tahap sanggup Allah untuk menebus anak-anak-Nya.
More
Pelan yang Berkaitan

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Dimeterai - Bahagian 1

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Bangkitlah dan Bersinarlah

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Benih: Apa dan Mengapa

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda
