Rut: Cerita tentang Kasih Penebusan AllahSampel

Ruth: A Story of God’s Redeeming Love

HARI 5 DARIPADA 7

Kerabat merupakan saudara dekat yang mengahwini balu untuk melahirkan waris untuk orang yang telah meninggal dunia. Hal ini kedengaran pelik untuk pemikiran moden kita, tetapi ini merupakan satu cara lain Allah memelihara golongan balu dan anak yatim di Israel. Seorang saudara dekat Elimelekh, Boas ialah kerabat yang mungkin bagi Rut. Walau bagaimanapun, selepas penuaian barli dan gandum, Boas masih belum menjalankan tanggungjawabnya sebagai kerabat. Sudah tiba masa untuk membanting dan mengangin bijirin, tetapi Boas belum bertindak. Seperti banyak ibu mentua yang campur tangan, Naomi membuat keputusan untuk mendesak Boas.

Naomi memberitahu Rut untuk mandi, mengguna minyak wangi, dan memakai pakaian yang cantik. Kata-kata Naomi ini sebenarnya mengarahkan Rut untuk tidak lagi berpakaian seperti wanita yang berkabung tetapi sebagai seseorang yang sudah bersedia untuk menjalankan kehidupan sehari-hari. Naomi mengarahkan Rut untuk mencari Boas di tempat pembantingan, singkapkan selimut daripada kakinya dan berbaring di sana. Naomi memberitahu Rut untuk menunggu Boas untuk bertindak.

Naomi mengarahkan Rut untuk melawat tempat yang tidak ditujui wanita yang bereputasi baik pada waktu malam dan menemui lelaki bujang. Apabila Rut bersetuju dengan rancangan Naomi, ia boleh dikatakan mengundang serangan terhadap dirinya. Apakah yang harus Boas fikir apabila seorang perempuan muda yang bersih, memakai minyak wangi, dan berpakaian cantik tidur bersama dengannya di tengah malam? Boas pasti akan salah anggap. Walau bagaimanapun, itu mungkinlah niat Naomi. Rut pula mentaatinya. Nasihat Naomi kepada Rut timbul daripada ketidaksabaran dengan pemasaan Allah dan rasa seperti kecuaian yang sama yang membawa keluarganya ke Moab dahulu.

Daripada perspektif keabadian, pemasaan Allah sentiasa sempurna. Kita mungkin tidak sabar dengan pemasaan Allah dan meragui kesetiaan-Nya. Kita kerap cuba menggesa tangan Allah semasa Dia melaksanakan kehendak berdaulat-Nya. Kita mungkin tidak mengambil langkah yang keras seperti Naomi dan Rut, tetapi kita masih maju ke hadapan dan cuba menguasai masa depan kita. Kita cuba jadi Tuhan daripada mempercayai dan menunggu-Nya. Kitab Suci memang menyatakan dengan jelas bahawa kita harus menanti-nantikan Tuhan; lebih daripada 40 kali.

Mempercayai pemasaan Allah dan menunggu Dia mungkinlah mencabar. Saya mendapati arahan Naomi kepada Rut untuk menunggu Boas itu ironik. Naomi tidak rela menunggu Allah tetapi memberitahu Rut untuk menunggu Boas untuk bertindak. Mengata dulang paku serpih! Sebelumnya kita menilai Naomi dengan terlalu cepat, ia mungkin bertindak berdasarkan iman yang kuat. Barangkali Naomi mempercayai Allah akan menggunakan rancangan berisikonya untuk menghasilkan yang baik bagi mereka. Akhirnya, walaupun tindakan Naomi, tujuan Allah tercapai.

Adakah lingkungan hidup anda yang menanti-nantikan pemasaan Allah? Mungkin anda bujang, menantikan untuk menemui bakal pasangan anda, atau sedang menganggur dan mencari kerja yang baru. Mungkin anda bergelut dengan kesuburan dan menantikan berkat anak daripada Allah. Kitab Suci memberitahu kita bahawa Allah tidak lambat bertindak. Pemasaan-Nya adalah sempurna!

Jangan salah faham, saya BENCI menunggu. Namun, saya menyedari bahawa penantian boleh meningkatkan kesedaran kita akan pemeliharaan Allah yang menakjubkan. Ada kalanya, memang jelas bahawa kita mesti menunggu peristiwa untuk berlaku kena pada masanya. Walau bagaimanapun, pernahkah anda berfikir bahawa tujuan menunggu ialah Allah sedang mengajar anda sesuatu?

Dalam lingkungan hidup anda yang manakah Allah meminta anda untuk menunggu? Apakah yang mungkin diajar oleh-Nya kepada anda semasa anda menanti-nantikan Dia?

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Ruth: A Story of God’s Redeeming Love

Berkemungkinan salah satu cerita pendek yang paling menakjubkan sepanjang zaman, kitab Rut merupakan catatan tentang kasih penebusan Allah. Kitab Rut ialah cerita tentang cara Allah menggunakan kehidupan orang biasa untuk mengerjakan kehendak berdaulat-Nya. Dengan alegori kasih Kristus dan pengorbanan-Nya untuk umat-Nya yang indah, kita ditunjukkan tahap sanggup Allah untuk menebus anak-anak-Nya.

More

Kami bersyukur kepada Armchair Theology Publishing kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.timothymulder.com