Rut: Cerita tentang Kasih Penebusan AllahSampel

Ruth: A Story of God’s Redeeming Love

HARI 2 DARIPADA 7

Dalam Rut 1, Allah menunjukkan kesetiaan-Nya terhadap kita:

·Allah setia meskipun kita tidak setia

·Allah setia semasa kita berasa putus asa

·Allah setia apabila kita lupa akan janji-Nya.

Elimelekh, isterinya Naomi, dan dua orang anak lelaki mereka hidup pada waktu Betlehem kebuluran. Kebuluran sering kali berlaku kerana keingkaran teruk Israel terhadap Allah. Pada waktu tersebut, Allah membenarkan umat-Nya untuk menderita bulur demi mendorong mereka untuk bertaubat akan dosa mereka. Daripada kembali kepada Allah, Elimelekh menjauhi Tuhan dan membawa keluarganya ke Moab. Mereka cuba melarikan diri daripada hukuman Allah, bukannya bertaubat. Elimelekh seolah-olah berkata, "Jika Allah tidak memelihara saya dan keluarga saya, saya akan bertindak sendiri dan menyelamatkan diri." Walau bagaimanapun, Allah benci Moab dan penyembahan allah palsu Kamos yang diamalkan oleh orang Moab. Dia telah memberitahu umat-Nya dengan jelas untuk tidak berhubungan dengan orang Moab. Elimelekh memilih kemandirian bukan ketaatan. Menjaga keluarganya bukanlah justifikasi untuk melanggar perintah Allah. Namun, Allah tidak membalas ketidaksetiaan kita dengan ketidaksetiaan (Roma 3:3-4). Kita melihat bahawa Allah tetap setia meskipun kita tidak setia.

Semasa di Moab, Elimelekh dan anak-anaknya meninggal dunia, meninggalkan Naomi dan dua orang menantunya, Orpa dan Rut. Dapatkah anda bayangkan pengalaman Naomi? Berdiri di depan kubur tiga orang yang dikasihinya. Ia putus asa. Kehilangan suami dan anak lelakinya melewati keluarga. Mereka tiga merupakan balu papa di tanah seteru tanpa sara hidup.

Kesusahan kerap menimbulkan keraguan terhadap Allah. Naomi buta terhadap rancangan Allah yang lebih besar tetapi tidak meragui kewujudan Allah; ia meragui kasih dan pemeliharaan-Nya. Walau bagaimanapun, apabila keadaan kelihatan paling kelam bagi umat Allah, sering kalinya ada belas kasihan Allah. Allah menyertai kita dalam penderitaan kita. Kita mesti mengingati bahawa Allah akan tetap setia meskipun kita berasa putus asa.

Apabila penduduk kota yang amat gembira menyambut Naomi, ia memberitahu mereka untuk memanggilnya Mara. Naomi rasa ia dilanda kemurkaan Allah kerana "Yang Maha Kuasa telah membuat hidupnya terlalu pahit." Oleh itu, ia telah mengubah namanya yang telah diberikan oleh Allah (Naomi, yang bermaksud "baik") kepada nama yang selaras dengan keadaan dan perasaannya (Mara bermaksud "pahit"). Naomi tidak dapat melihat "kebaikan" Allah untuk hidupnya. Ia mengubah persepsinya tentang kebenaran, lalu menetapkan semula konsepnya tentang Allah. Naomi tidak lagi melihat Allah sebagai setia dan pengasih terhadapnya. Ia tidak dapat "melihat" Rut yang berdiri di sisinya. Rut, yang menyatakan kasih dan kesetiaan tak kunjung padamnya terhadap Naomi, mungkin berfikir, "Saya ada di sini!" Naomi telah melupakan janji Allah (Ulangan 31:8). Naomi lupa bahawa Allah telah berjanji untuk menyertainya dan tidak akan meninggalkan atau mengabaikannya. Walau bagaimanapun, Allah setia, meskipun ketika kita lupa akan janji-Nya.

Sepanjang Kitab Suci, kita diingatkan tentang kasih Allah yang kekal. Melalui situasi hidup Naomi yang berbeza, kasih Allah terhadapnya tidak berubah. Apabila Elimelekh dan Naomi menjauhi Allah, Dia tetap setia. Allah tetap setiap apabila Naomi berasa putus asa sesudah kehilangan suami dan dua anak lelakinya. Apabila Naomi lupa akan janji Allah, Allah mengingati janji-Nya. Walau apa pun keadaan yang kita hadapi, kita juga boleh bergantung pada kesetiaan Allah. Dia tidak akan meninggalkan anak-Nya.

Pernahkah anda berasa pahit atau putus asa seperti Naomi? Pernahkah anda terlepas berkat di sekeliling anda kerana anda menumpukan perhatian pada penderitaan anda? Kita cenderung lupa akan janji Allah kepada kita dan hidup seperti anak yatim bukannya waris kerajaan-Nya. Apakah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengingatkan diri tentang kesetiaan Allah?

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Ruth: A Story of God’s Redeeming Love

Berkemungkinan salah satu cerita pendek yang paling menakjubkan sepanjang zaman, kitab Rut merupakan catatan tentang kasih penebusan Allah. Kitab Rut ialah cerita tentang cara Allah menggunakan kehidupan orang biasa untuk mengerjakan kehendak berdaulat-Nya. Dengan alegori kasih Kristus dan pengorbanan-Nya untuk umat-Nya yang indah, kita ditunjukkan tahap sanggup Allah untuk menebus anak-anak-Nya.

More

Kami bersyukur kepada Armchair Theology Publishing kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.timothymulder.com