Bernyala: Panduan Mudah Doa yang BeraniSampel
Doa Itu Penting Bagi Allah
Kita boleh berdoa tentang apa-apa sahaja. Seperti yang dikatakan oleh Christine Caine, “Jika hal itu penting bagi anda, hal itu penting bagi Allah." Jika kita mengambil berat tentang sesuatu itu atau risau tentangnya, hal itulah yang boleh didoakan.
Paulus menggalakkan kita dalam Filipi 4:6-7,
"Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur. Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus” (BM).
Apakah yang boleh didoakan? Jawapan Paulus adalah jelas: segala hal! Tiada perkara yang terlalu kecil bagi Allah. Sementara kata-kata "Janganlah khuatir akan apa pun" kedengaran tidak bersimpati terhadap apa yang sedang dihadapi, memanglah penting untuk memerhatikan bahawa Paulus menulis kata-kata ini di penjara.
Paulus tidak memberitahu kita untuk menjadikan "Janganlah khuatir, bergembiralah" mantera kita. Tidak menghiraukan atau mengecilkan realiti keadaan kita adalah tidak bertanggungjawab. Namun, ada cara untuk mengalami kedamaian dan kuasa Allah di tengah-tengah kekhuatiran dan tekanan kita, dan itulah sebabnya Paulus menggalakkan kita untuk "mintalah kepada Allah apa yang diperlukan." Ya, Allah memelihara seluruh alam semesta dan isu utama dunia secara aktif, tetapi Bapa syurgawi kita jugalah terlibat dan mengambil berat terhadap perincian hidup anak-anak-Nya: kerja, hubungan, perasaan, ketakutan, dan aktiviti sehari-hari kita.
Allah melihat anda, Allah mengenali anda, dan Allah betul-betul mengambil berat terhadap anda.
Jika sesuatu perkara itu penting bagi anda, perkara itu penting bagi Allah. Maka, berdoalah tentang perkara itu!
Doa:
Bapa, terima kasih kerana Engkau mengambil berat tentang menyediakan makanan burung dan menghiasi bunga, dan itu cumalah sebahagian kecil daripada penjagaan-Mu terhadap perincian hidup saya dan isi hati saya. Hari ini, saya menyerahkan perkara yang menarik perhatian saya kepada-Mu: tunjukkan kebijaksanaan-Mu, hadirat-Mu dan kuasa-Mu dalam lingkungan ini. Saya meminta agar sebagaimana Engkau menjaga perkara yang penting bagi saya, Engkau turut membentuk perhatian dan kasih sayang saya terhadap hal yang penting bagi-Mu. Semoga Engkau memerintah di dunia ini, seperti di syurga. Amin.
Hak cipta pelan bacaan © 2023 Propel Women, sebahagian daripada Equip & Empower Ministries. Melainkan dinyatakan, semua petikan Alkitab Bahasa Inggeris dipetik daripada Christian Standard Bible®, Hak Cipta © 2017 Holman Bible Publishers. Digunakan dengan izin. Christian Standard Bible® dan CSB® merupakan tanda dagangan berdaftar persekutuan Holman Bible Publishers.
Perihal Pelan
Doa merupakan suatu hadiah, peluang yang menakjubkan untuk berhubungan dengan Bapa syurgawi kita. Dalam pelan 6 hari ini, kita akan mendapat tahu tentang perkara yang diajar oleh Yesus berkenaan doa dan diilhami untuk berdoa secara tetap serta dengan berani.
More