Bernyala: Panduan Mudah Doa yang BeraniSampel
Kelas Pakar Doa Yesus
Yesus tidak menganggap bahawa kita akan mengetahui segala sesuatu tentang doa secara automatik. Dia dengan baik mengajar pengikut-Nya yang ingin mempelajari cara berdoa dalam Khutbah di Bukit, mengatakan:
“Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya.
Berdoalah demikian:
‘Ya Bapa kami yang di syurga,
sucilah nama-Mu.
Datanglah kerajaan-Mu.
Terlaksanalah kehendak-Mu
di bumi sebagaimana di syurga.
Berilah kami makanan untuk hari ini.
Ampunkanlah kesalahan kami
sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.
Janganlah biarkan kami tergoda,
tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat.”
- Matius 6:6-13 (AVB)
Perhatikan beberapa kebenaran yang dimasukkan oleh Yesus:
- Doa tidak perlu panjang atau rumit.
- Doa tidak dimaksudkan untuk menjadi persembahan awam, tetapi merupakan perhubungan dengan Allah.
- Doa dialu-alukan oleh Allah. Dia suka memberikan respons semasa kita mendekati Dia.
- Doa merupakan peluang menyembah Allah dan mengakui kebesaran-Nya.
- Doa boleh termasuk memohon pengampunan, meminta pemeliharaan, dan mencari kehendak Allah.
- Doa memajukan Kerajaan Allah di dunia ini!
Kemahiran dan kecanggihan kita tidaklah penting, kerana kita tidak menanam keyakinan dalam kuasa doa kita. Keyakinan kita tertanam dalam kuasa Allah, yang mengasihi kita dan mendengar kita serta bertindak apabila kita berdoa. Inilah sebab kita berdoa.
“Perkataan yang betul” atau rumus tertentu bukanlah fokus doa. Yesuslah fokus doa.
Doa:
Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Berilah kami makanan untuk hari ini. Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat.
Perihal Pelan
Doa merupakan suatu hadiah, peluang yang menakjubkan untuk berhubungan dengan Bapa syurgawi kita. Dalam pelan 6 hari ini, kita akan mendapat tahu tentang perkara yang diajar oleh Yesus berkenaan doa dan diilhami untuk berdoa secara tetap serta dengan berani.
More