Bernyala: Panduan Mudah Doa yang BeraniSampel
Doa Diutamakan
Dalam Matius 9:37-38, Yesus berkata,
“Tuaian sungguh banyak, tetapi penuai hanya sedikit. Berdoalah kepada pemilik tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk mengumpulkan tuaian (BM, penegasan frasa).”
Perkataan "menghantar" dalam bahasa Yunani bermaksud "menggerakkan" (propel). Propel Women diasaskan berdasarkan ayat ini. Maka, semasa kita cuba menyalakan doa kita, kita akan melakukan apa yang diarahkan oleh Yesus: kita akan berdoa kepada pemilik tuaian untuk menghantar pekerja—untuk menggerakkan kita—untuk mengumpulkan tuaian. Tuaian sungguh banyak. Peluang memajukan Kerajaan Allah di sini dan sekarang ini juga. Apakah kunci mencapainya? Berdoa!
Berdoa bermaksud bercakap dengan Allah. Mungkinlah perbualan yang berlaku dalam hati anda ataupun diucapkan dengan kuat. Mungkinlah bersendirian atau berkumpulan. Mungkinlah semasa berdiri di atas lantai, ataupun beberapa ribu kaki di udara. Namun, yang berikut ialah sesuatu yang menakjubkan: Semasa kita berdoa, Allah mendengar, berucap, dan memberikan respons.
Allah alam semesta ingin mendengar anda. Allah bukan sahaja memulakan perbualan dan menjemput kita untuk bercakap dengan-Nya melalui doa, malah Dia mengintegrasikan doa kita ke dalam pekerjaan-Nya dalam dunia ini!
Di mana pun anda berada, walau apa pun latar belakang anda, walau apa pun lingkungan pengaruh anda — di tempat kerja, sebagai ibu yang duduk di rumah, CEO, doktor, guru, pelajar, peguam, seniman — doa merupakan tempat utama di mana Allah bekerja dan kerja anda di dunia ini bergabung. Semasa kita berdoa, Allah berjanji untuk menggerakkan gunung, menggoncangkan dasar, dan mencapai tuaian orang ramai yang belum mengenali Dia. Allah menjadikannya sebegini supaya doa kita yang kecil mendatangkan perbezaan abadi yang bersaiz Kerajaan! Allah mengubah dunia dengan kuasa-Nya dan melalui doa kita!
Doa:
Tuhan, saya berdoa agar tahun ini saya melihat-Mu bergerak dengan berkuasa untuk membawa umat kepada-Mu. Berdasarkan Firman-Mu dalam Matius 9:37-38, semoga lebih banyak pekerja akan digerakkan untuk mengumpulkan tuaian. Biarlah masa depan ditandakan oleh tuaian yang sungguh banyak bagi kemuliaan-Mu dan kemajuan Kerajaan-Mu di dunia ini. Saya menyerahkan diri kepada-Mu sekarang ini untuk menjadi sebahagian daripadanya. Amin.
Perihal Pelan
Doa merupakan suatu hadiah, peluang yang menakjubkan untuk berhubungan dengan Bapa syurgawi kita. Dalam pelan 6 hari ini, kita akan mendapat tahu tentang perkara yang diajar oleh Yesus berkenaan doa dan diilhami untuk berdoa secara tetap serta dengan berani.
More