Berdoa Sepanjang KerisauanSampel

Praying Through Anxiety

HARI 6 DARIPADA 7

Memutuskan Kitaran Kerisauan

Bagaimanakah anda mengatasi kerisauan? Adakah anda bergantung pada seseorang atau sesuatu untuk menanganinya? Adakah anda tidak mengendahkan fikiran risau anda dan berharap kerisauan itu akan lenyap?

Kerisauan tidak akan lenyap sendiri dan kita tidak dapat MEMAKSA kerisauan untuk lenyap dengan keazaman kita. Kerisauan mencelarukan tubuh, fikiran, dan roh kita. Kerisauan memenatkan anda. Apabila anda rasa letih semasa bangun, setiap kerisauan hari yang baru membawa lebih banyak kerisauan lagi. Anda perlu turun daripada "roda hamster"!

Mengatasi kerisauan melibatkan usaha. Mengatasi kerisauan melibatkan menangani bohong yang dipercayai, luka yang dipaut, dan corak pemikiran salah yang diamalkan.

Mengatasi kerisauan juga memerlukan campur tangan dan pertolongan Allah. Yesus menggalakkan kita untuk bersatu dengan-Nya supaya kita menerima kelegaan daripada beban berat yang dipikul (Matius 11:28-30). Dia tidak mahu anda menghadapi dugaan dan kerisauan hidup bersendirian. Dia menawarkan untuk berjalan di sisi anda sebagai penghiburan, kekuatan, dan harapan anda.

Hari ini, jika anda bergelut dengan kerisauan, relakan diri untuk menerima keberanian daripada Yesus untuk mengatasi kerisauan anda secara langsung. Yang berikut ialah beberapa langkah yang boleh diambil untuk memutuskan genggaman kerisauan dan memulakan perjalanan anda ke arah kebebasan:

  • Dedahkanlah sumber kerisauan anda (Mazmur 139:23-24). Tetapkan masa untuk berdoa. Daripada meminta Allah untuk menghapuskan kerisauan anda, mintalah Dia untuk menunjukkan punca kerisauan itu. Adakah anda bergelut untuk mempercayai Allah? Adakah anda percaya bahawa Dia cukup mengasihi anda untuk menolong anda? Adakah anda mempercayai bahawa Allah adalah cukup kuat untuk mengatasi situasi anda yang mencabar? Biarlah Allah menyatakan lingkungan fikiran dan tingkah laku anda yang perlu dijajarkan dengan kebenaran-Nya.
  • Berhenti takut akan ketakutan (2 Timotius 1:7). Ketakutan makan ketakutan. Semakin anda memikirkan ketakutan anda, semakin besarlah ketakutan itu dalam minda kita. Anda menentang ketakutan dengan iman. Daripada menumpukan perhatian pada perkara yang menakutkan anda, tumpukan perhatian pada Allah dan kuasa-Nya untuk menolong anda mengatasi kerisauan yang menguasai anda.
  • Mintalah Allah untuk memperbaharui fikiran anda (Filipi 4:8). Mintalah Allah untuk menggantikan corak pemikiran yang tidak sihat dengan kebenaran-Nya. Di atas sehelai kertas, tuliskan dan renungi lima ayat Alkitab ini: Filipi 4:6-8, Kolose 3:2, Yesaya 41:10, Mazmur 4:8, dan Yosua 1:9. (Kita akan melihat ini esok.) Biarlah Firman Allah memenuhi anda dan menguatkan anda.
  • Angkatlah doa dan permintaan anda kepada Allah (1 Petrus 5:7). Kongsi kerisauan dan ketakutan anda dengan Allah. Allah mendengar, dan Dia ingin menolong. Roh-Nya akan memperkasakan anda untuk mengatasi ketakutan anda sebaik sahaja anda menyerahkan semua kerisauan anda kepada-Nya.

Doa Hari Ini:

Tuhan, perkasakan saya untuk memandang melewati keadaan saya. Tanganilah kerisauan saya. Tolonglah saya untuk menukarkan percubaan saya untuk mengawal, melarikan diri, dan rasa risau dengan kedamaian-Mu yang sempurna. Saya memilih untuk mempercayai-Mu dan kebijaksanaan-Mu dalam setiap keadaan. Saya memilih untuk menyerahkan semua kerisauan saya kepada-Mu kerana saya tahu Engkau mengambil berat terhadap saya. Hari ini, saya menyerahkan—sekali lagi!—perkara yang membelenggu saya. Berjalanlah bersama dengan saya, Tuhan, dalam kebebasan dan kemenangan ke atas kerisauan. Dalam nama Yesus. Amin.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Praying Through Anxiety

Kerisauan boleh mula menular masuk ke dalam hidup kita pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kerisauan harus kekal! Walau apa pun yang sedang anda hadapi sekarang ini, anda boleh mengatasi kerisauan dan kesannya yang membinasakan semasa anda berhubung dengan Allah dalam doa melalui janji-Nya yang berkuasa dalam Alkitab. Sertai kami sepanjang beberapa hari seterusnya semasa kami mengorak langkah untuk memutuskan pautan kerisauan ke atas hidup kami dan menerima kedamaian daripada Firman Allah.

More

Kami berterima kasih kepada American Bible Society kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://americanbible.org/prayer/