Berdoa Sepanjang KerisauanSampel

Praying Through Anxiety

HARI 4 DARIPADA 7

Kerisauan dan Kesepian

Satu hasil kerisauan yang membinasakan ialah keyakinan bahawa anda bukan sahaja terjerat dalam situasi yang tidak berharapan malah anda bersendirian dalam ketakutan anda. Itu tidak benar! Kita sudah melihat semalam bagaimana kerisauan adalah biasa. Namun, kita masih tergoda untuk mengasingkan diri apabila kerisauan melanda. Kita melayani fikiran seperti saya tidak ingin membebani orang lain dengan masalah saya. Apakah yang akan difikirkan oleh orang lain jika saya menceritakan pergelutan saya?

Namun, kesepian hanya memburukkan lagi keadaannya. Anda tidak dimaksudkan untuk menangani masalah kehidupan sendirian.

Yesus memberikan model yang indah untuk menangani ketakutan dan kerisauan dalam Markus 14:32-42 semasa Dia mendekati Allah—dan orang lain—pada waktu yang paling sukar dalam hidup-Nya. Pada malam sebelum penyaliban-Nya, semasa Yesus berdoa di Taman Getsemani, Dia menjadi sangat sedih dan gelisah. Dia bersandar pada sahabat-Nya. Dia memberitahu Petrus, Yakobus, dan Yohanes tentang kesedihan-Nya dan meminta mereka untuk menemani-Nya. Dia juga bersandar pada Allah melalui doa.

Yesus menunjukkan bahawa menjangkau orang lain ketika waktu yang mencetuskan kerisauan bukan sahaja okey malah perlu. Jika Anak Allah menjangkau orang lain untuk sokongan pada waktu-Nya yang paling berkeperluan, betapa lagi kita harus berhubung dengan Allah dan orang lain dalam kerisauan kita?

Semasa anda rasa risau, menghubungi kawan boleh membantu. Suara yang mesra atau pesanan ringkas yang meyakinkan boleh menolong meredakan situasi. Kehadiran seseorang yang lain—walaupun melalui teknologi—boleh mewujudkan perbezaan.

Meskipun waktu kita tiada kawan yang boleh dihubungi, Alkitab meyakinkan kita bahawa Allah sentiasa ada. Dia menantikan kita secara sabar untuk mencari Dia agar menyalurkan bantuan: “Allah Pelindung dan Pemberi kekuatan kepada kita, sentiasa sedia menolong pada waktu kesusahan” (Mazmur 46:1 AVB).

Yang berikut ialah beberapa langkah tindakan untuk menolong anda berfikir tentang menjemput orang lain untuk menolong anda semasa anda berasa risau.

  • Baca Mazmur 94:18-19. Apakah yang dapat dilakukan oleh Allah semasa anda berasa risau?
  • Betapa membantunya ada orang di sisi anda? Bagaimanakah anda mengesan kasih Allah semasa anda berasa risau? Adakah orang yang biasanya dihubungi anda semasa anda berasa risau dan sepi?
  • Bagaimanakah anda mendekati Allah dengan kerisauan anda? Apakah jangkaan anda?

Doa Hari Ini:

Tuhan, saya risau dan sepi. Saya memerlukan penghiburan-Mu. Semasa saya menyatakan kesedihan saya kepada-Mu, dekatilah saya. Yakinkan saya semula bahawa Engkau tidak akan meninggalkan saya apabila saya paling memerlukan-Mu. Allah, tolonglah saya untuk menemui komuniti yang menyokong saya. Ajarlah saya agar bersikap terbuka dan lemah supaya saya boleh menerima pertolongan yang diperlukan. Dalam nama Yesus. Amin.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Praying Through Anxiety

Kerisauan boleh mula menular masuk ke dalam hidup kita pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kerisauan harus kekal! Walau apa pun yang sedang anda hadapi sekarang ini, anda boleh mengatasi kerisauan dan kesannya yang membinasakan semasa anda berhubung dengan Allah dalam doa melalui janji-Nya yang berkuasa dalam Alkitab. Sertai kami sepanjang beberapa hari seterusnya semasa kami mengorak langkah untuk memutuskan pautan kerisauan ke atas hidup kami dan menerima kedamaian daripada Firman Allah.

More

Kami berterima kasih kepada American Bible Society kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://americanbible.org/prayer/