Berdoa Sepanjang KerisauanSampel
Pertempuran yang Benar. Penyelamatan yang Benar!
Sahabat yang dikasihi, pertempuran yang sedang anda hadapi adalah benar. Demikian juga pergelutan hati anda, ketakutan yang melumpuhkan anda, bohong yang mengurung anda—juga ombak rasa malu yang tidak mungkin luntur yang mengancam untuk melemaskan anda semasa anda cuba menyembunyikan semuanya supaya tiada orang yang melihat keremukan anda.
Namun, ada harapan kerana penyelamatan Yesus adalah benar juga.
Yesus mengasihi anda. Dia tidak berniat untuk melihat anda dibinasakan oleh kerisauan. Dia mengatasi kematian! Anda boleh hidup dengan keyakinan bahawa Dia boleh mengatasi segala sesuatu, termasuk kerisauan.
Hidup masihlah susah. Peristiwa terjadi. Perkara yang sukar. Perkara yang membuat kita risau dan takut. Walau bagaimanapun, Yesus tidak meninggalkan kita pada waktu yang susah itu. Yesus tidak marah kerana anda bergelut. Dia tidak akan mengabaikan anda kerana anda belum berubah.
Sebaliknya, dengan kebaikan dan belas kasihan, Yesus berkata, “Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut” (Yohanes 14:27 BM).
Yesus ingin memberikan anda kedamaian. Dia ingin menyembuhkan anda dan membebaskan anda daripada benteng kerisauan.
Ini mungkin tidak berlaku secara tiba-tiba. Tiada jaminan bahawa proses ini adalah mudah. Anda memerlukan sokongan daripada gereja setempat anda. Anda mungkin memerlukan bantuan daripada kaunselor berlesen atau perunding perubatan. Namun, anda boleh menang ke atas kerisauan.
Pelan bacaan ini akan melengkapkan anda dengan alat alkitabiah untuk menangani kerisauan anda. Anda akan belajar tentang kerisauan, ayat Alkitab yang berbincang tentang kekhuatiran dan kerisauan, dan apa yang boleh dilakukan oleh Allah dalam pergelutan anda. Anda juga boleh BERDOA.
Doa mengubah keadaan. Kita berdoa kerana kita sedar bahawa Allah boleh mengubah keadaan kita—dan Dia boleh mengubah kita. Semasa anda berdoa tentang kerisauan anda, ketahuilah bahawa Allah sedang mendengar, dan memberikan respons terhadap seruan anda.
Oleh itu, pada hari ini, jika anda bergelut dengan kerisauan, jangan berputus asa. Anda ialah kerja yang sedang berlangsung. Walau bagaimanapun, dalam Yesus, anda jugalah pemenang.
Doa Hari Ini:
Bapa, saya mengakui bahawa saya ingin bebas daripada kerisauan. Jadikan saya rela untuk memulakan perjalanan ini dan mengambil langkah yang perlu untuk menangani kerisauan secara langsung. Saya memerlukan iman untuk mempercayai bahawa saya boleh benar-benar disembuhkan. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.
———
Setiap pembaca kami mempunyai cerita tersendiri tentang cara mereka menggunakan Alkitab. Kami menjemput anda untuk klik pautan di bawah, supaya kami boleh lebih mengenali anda dan pembaca seperti anda. Penglibatan anda akan menolong American Bible Society untuk terus menyediakan sumber Alkitab berkualiti tinggi untuk orang di seluruh dunia dan akan memberikan maklumat tentang perkembangan sumber Alkitab yang baru.
Perihal Pelan
Kerisauan boleh mula menular masuk ke dalam hidup kita pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kerisauan harus kekal! Walau apa pun yang sedang anda hadapi sekarang ini, anda boleh mengatasi kerisauan dan kesannya yang membinasakan semasa anda berhubung dengan Allah dalam doa melalui janji-Nya yang berkuasa dalam Alkitab. Sertai kami sepanjang beberapa hari seterusnya semasa kami mengorak langkah untuk memutuskan pautan kerisauan ke atas hidup kami dan menerima kedamaian daripada Firman Allah.
More